Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kicap Ikan Kerisi Yang Sedap



Alhamdulillah malam tadi kita telah menjalani malam ke 27 Ramadhan yang merupakan malam ganjil yang dikatakan salah satu malam darinya di 10 malam terakhir adalah malam Lailatul Qadr. Semoga kita mendapat ganjaran pahala malam Lailatul Qadr yang lebih dari 1000 bulan iaitu 83 tahun 3 bulan. 

Akhir akhir ini, kita bukan sahaja kekeringan idea nak masak apa untuk juadah berbuka tapi selera kita juga semakin berkurangan. Jadi kita akan mula dengan masakan yang basic seperti sup, masak kicap dsb.

Hari ini saya nak kongsikan resepi masak kicap. Selain ikan, resipi ini boleh juga untuk masak ayam. Nama masak kicap macam mudah jer kan. Tapi orang lain masak, sedap tapi kita masak macam ada yang kurang.
 
Jom kita belajar semula dari orang lain yang mungkin telah biasa masak dengan sedap.  


Saya sendiri juga sentiasa belajar walaupun untuk masakan yang mudah seperti masak kicap. Tips untuk masak kicap yang sedap, jangan masukkan air. Jika perlu, masukkan sedikit sahaja. Barulah sedap lauk masak kicap kita. Haa cubalah.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Masak Kicap Ikan Kerisi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
4 keping ikan kerisi - lumur garam kunyit dan digoreng 
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
7 tangkai cili padi - ikut kepedasan yang disukai
1 sudu besar cili kering kisar
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
½ cawan kicap lemak manis Jalen
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi dan lembut. 


Setelah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga sebati. 

Masukkan cili kering kisar. Cili ini mesti direbus dahulu sebelum dikisar. Nota: saya masak pula cili kisar sehingga airnya kering. Kacau sehingga cili masak dan terbit minyak.


Masukkan kicap agak agak tenggelam ikan. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih seketika.



Masukkan ikan dan cili padi. Biarkan ianya merenih atas api perlahan. Saya tambahkan sedikit air. Nota: Kalau masak ayam, tak perlu masukkan air kerana ayam goreng akan keluarkan ar dalam kuah kicap. Biarkan seketika sehingga kuah kicap meresap dan mesra pada ikan.



Catat Ulasan for "Masak Kicap Ikan Kerisi Yang Sedap"