Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Kerisi Goreng Berlado



Kalau semalam saya kongsikan resipi asam pedas Johor menggunakan ikan kerisi besar atau ibu kerisi, kali ini saya guna ikan kerisi kecil. Ikan kerisi pun ada banyak jenis. Saya suka yang warna merah. 

Masa saya kecil kecil dulu, arwah ibu saya kerap juga bakar ikan ni. Lumur garam dan serbuk kunyit dan bakar. Tak perlu cicah apa apa pun. Selain bakar, digoreng. Ini adalah antara ikan kegemaran saya. Saya suka isinya yang ada keping keping bila dicubit. 

Ikan ni banyak masakan boleh dibuat seperti masak kicap, masak tauchu, masak berlado. Semua yang jenis ikan kena goreng dulu sebab ianya mudah patah. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya suka makan ikan yang bergoreng dulu sebelum dimasak kuah.


Masak berlado ni sangat mudah dan cepat disediakan. Sambalnya jangan dimasak terlalu lama, sekadar setengah masak atau hampir masak sahaja sebab ia akan jadi macam tidak berlado lagi. Hahaha macam mana nak cakap ya. Berlado kan nampak macam bercili lagi. 

Apa apa pun, lauk ini sangat sedap dan jom cuba masak untuk berbuka puasa nanti. Kena cari ikan kerisi dulu dan jeng jeng jeng, ikan kerisi goreng berlado, siaaappp. Sebab mudah sangat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 



Ikan Kerisi Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan kerisi
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai  cili merah
8 biji cili padi
1 biji buah tomato 

Cara cara:
Ikan dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng, angkat dan tos. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak agak masak sahaja. Tak perlu garing sangat. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan tutup api.


Masukkan ikan dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.





Catat Ulasan for "Ikan Kerisi Goreng Berlado "