Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Berempah



Alhamdulillah, hari ini kita telah berada pada hari kedua Ramadhan. Hari kedua kita berpuasa. Sesungguhnya puasa kita hanya Allah sahaja yang akan memberikan ganjarannya. 

Jadi semoga kita semua berpuasa secara keseluruhan. Berpuasa mulut, telinga dan mata juga supaya kita tidak semata mata mendapat lapar dan dahaga.

Apa maksudnya? Setiap hari kita akan diberi markah penuh. Setiap kali kita melakukan benda benda atau perkara yang mengurangkan pahala puasa, maka markah akan ditolak. 

Jadi bayangkan bila di saat kita berbuka, markah puasa kita tinggal zero atau menjadi negatif. Rugi kan? Itu yang dikatakan orang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resipi istimewa iaitu sup tulang. Nanti, nanti dulu. Resipi ini tak sama dengan resipi sup tulang saya sebelum ini. Haa kalau nak tahu, kena baca resipi dan kemudian mencuba sendiri.

Haa jangan lupa menggunakan kiub daging Knorr kerana ianya sangat menjadikan sup kita berperisa daging. Kalau memasak apa apa, memang menjadi sangat sedap kalau dimasukkan kiub daging. 1 kiub telah cukup untuk memberi rasa yang sedap. Tak perlu lagi ditambah garam. 

Selain kiub pati daging, saya juga menggunakan serbuk limau nipis Knorr yang diperbuat dari buah limau nipis sebenar. Tak perlu susah susah nak memerah limau nipis lagi. Hahaha senang kerja kita tau. 


Bulan Ramadhan saya memang suka berbuka dengan lauk pauk berkuah, lebih lebih lagi sup. Menyediakannya pun sangat mudah dan cepat. Yang pasti, suami dan anak anak pasti suka dengan sup tulang.  

Jadi kalau anda masih mencari idea apa yang hendak dimasak sebagai juadah berbuka, bolehlah mencuba resipi sup tulang saya hari ini.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa, untuk singgah di Azie Kitchen Youtube Channel untuk video penuh penyediaannya. Boleh klik di SINI. 


Lepas tu, boleh subscribe supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali video baru di upload. Selamat mencuba.... 



Sup Tulang Berempah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang rusuk - rebus
Rempah 4 sekawan
2 kiub pati daging lembu Knorr
½ sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr
2 batang sayur batang saderi
4-5 sudu besar minyak masak

Bahan A - kisar:
½ biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam biji
½ biji buah pala

Bahan B:
2 sudu besar rempah sup
3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih

Cara cara:
Rebus tulang dengan 1 ½ liter air sehingga daging empuk. Atau boleh dimasak tulang dengan periuk tekanan selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak.

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.

Masukkan kiub pati daging Knorr, gula dan serbuk limau nipis Knorr.

Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Nota:
Sup ini juga boleh dihidang dengan mee kuning dan daun sawi yang dicelur.

Rempah campuran disangai dalam kuali tanpa minyak dan ditumbuk halus.


1 ulasan for "Sup Tulang Berempah"