Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spaghetti Alla Bolognese Yang Sangat Sedap


Anak anak saya sangat menggemari pasta terutama spaghetti Ala Bolognese. Kerana mereka juga, saya belajar dari youtube dan blog masakan dari luar negara kerana saya mahu ianya menjadi seperti apa yang seharusnya. Masakan barat kan, pasti mereka lagi arif dalam bab masakan mereka. 

Kalau memasak sos Bolognese, saya jarang menggunakan sos ready made yang banyak dijual di supermarket. Saya lebih suka menyediakannya sendiri dengan menggunakan buah tomato dalam tin dan tomato puri. Lebih puas rasanya jika menyediakannya sendiri. 

Alhamdulillah bukan sahaja anak saya, kini cucu saya Ammar pun suka makan spaghetti Bolognese. Jadi bila ramai yang suka makan, kita akan lebih rasa berbaloi memasaknya. Selain sedap bila dimasak sendiri, ianya juga menjimatkan. 


Saya menggunakan kiub daging Knorr untuk menjadikan sos spaghetti ini lebih sedap dan berperisa rasa dagingnya. Masukkan 1 atau 2 kiub telah memadai untuk memberikan rasa yang sangat wow gitu. 

Apa kata anda semua cuba menyediakan sendiri spaghetti bolognese ini. Cuma ikut resipi yang saya tulis di bawah ini. Insya Allah pasti menjadi dengan sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba.....


Spaghetti Alla Bolognese 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
1 ½ sudu besar olive oil
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar kuning - potong dadu
500 - 600 gram daging kisar
½ cawan (125 ml) air

Bahan B:
2 kiub daging
1 tin 400 gram tomato cincang
1 tin 400 gram tomato puri
2 sudu besar gula - opsyenal
2 sudu kecil sos Worcestershire
2 helai daun bay kering
½ sudu kecil thyme atau oregano kering
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan C:
500 gram spaghetti
Keju Parmesan
Parsley - hiris halus - opsyenal

Cara cara:
Masak 5 liter air sehingga mendidih. Masukkan 1 sudu besar garam dan sedikit minyak zaitun. Rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di pek pembungkusan.

Panaskan minyak dalam periuk bersesuaian menggunakan api sederhana.

Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau selama 3 minit atau sehingga lembut dan sedikit keperangan atas api sederhana.


Besarkan api dan masukkan daging cincang. Kacau sehingga keperangan. Masukkan air dan masak sehingga mendidih selama 1 minit.


Masukkan semua bahan lain kecuali lada hitam. 


Kacau rata sehingga mendidih dan perlahankan api dan biarkan merenih selama 20-30 minit. Tambah air jika sos menjadi terlalu pekat. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam secukup rasa. 


Ceduk sos ke atas spaghetti yang telah direbus. Tabur dengan parutan keju dan daun parsley.


Catat Ulasan for "Spaghetti Alla Bolognese Yang Sangat Sedap "