Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksam Kelantan Sedap



Bila disebut sahaja laksam, pasti akan terbayangkan kuih ala ala kue teow yang berasal dari Kelantan. Saya memang penggemar laksam dan saya boleh rasa jika laksam itu sedap dan menjadi seperti laksam Kelantan atau tidak dengan hanya satu suapan sahaja. 

Bulan Ramadhan ini banyak gerai gerai di bazar Ramadhan yang menjual laksam. Saya pula seperti wajib menikmati juadah laksam ini sekurang kurangnya sekali. Jadi kali ini, saya memilih untuk menyediakannya sendiri. Lagi pula, semua anak anak saya juga pengemar laksam. Jadi ada geng.

Semasa zaman kanak kanak dulu, saya suka sangat makan laksam yang dijual oleh kakak sepupu saya yang saya panggil Kak Nik Yam. Pada saya, laksa beliau lah yang paling sedap dan sangat nostalgia. 

Setelah berpuluh tahun berlalu, saya gagahkan diri menelefon anak sepupu supaya menanyakan resipi laksam bonda beliau. Alhamdulillah kerana saya berjaya juga mengorek sana sini sehingga lengkap hidangan laksam. 

Seperti mana yang kita tahu laksam didatangkan dengan set laksam, kuah laksam, ulam ulaman dan sambal. Zaman saya kecil kecil dulu, laksam akan dihidangkan dengan sambal yang dibuat dari cili kering dan garam. Semasa dihidangkan, dihidangkan sekali garam dan belacan. Siapa suka lebih garam, boleh ceduk sendiri. 



Hari ini saya kongsikan resipi yang diajar oleh sepupu saya. Di dalam kuah laksam, beliau tidak menggunakan bawang putih. Jadi versi beliau tiada penggunaan bawang putih. 

Untuk menyedapkan kuah laksam saya hari ini, saya menggunakan kiub ikan bilis Knorr. Ianya menjadikan kuah laksam saya lebih sedap dan berperisa. 

Ada resipi lengkap dan dah ada video step by step. Apa lagi? Jom lah buat sendiri. Bukan apa, kalau beli di bazar Ramadhan, rasanya memang lari dari rasa laksam Kelantan. Lari jauh dan tak terkejar gitu. Hahaha. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa meihat video penuh penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel. Boleh klik di SINI.  


Selamat mencuba...



Laksam Kelantan Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung beras
3 ½ cawan air

Satukan tepung dan air dan kacau dengan whisk. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Jika suka, boleh tapis bagi memastikan tiada tepung yang berketul.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Masukkan tudung periuk atau pinggan plastik tahan panas yang telah dilenser minyak, ke dalam periuk pengukus.

Kacau adunan supaya tidak mendap. Tuang 2 senduk adunan ke atas tudung periuk. Tutup pengukus dan biarkan dalam 3-4 minit sehingga ianya kelihatan sedikit menggelembung. Jangan sehingga menggelembung banyak kerana ianya akan melekat. Laksam tidak boleh terlalu tebal kerana akan pecah semasa digulung.

Angkat dan dengan menggunakan garfu, cungkil sedikit dan gulung laksam sambil ditolak tolak sehingga bergulung dan akhirnya tolak ke dalam bekas tanpa perlu menyentuh dengan tangan.



Setelah sejuk, boleh dipotong atau digunting kuih laksam. Hidangkan dengan kuah laksam, ulam ulaman dan sambal.

Nota:
Lenser minyak untuk kali pertama sahaja. Untuk seterusnya, tak perlu lagi lenser minyak. Ulang dan buat sehingga habis.


Satu adunan di atas menghasilkan 6 gulung laksam.

Kuah laksam
½ kg ikan kembung - rebus dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu besar garam
1 kotak santan kotak - 200 ml
½ sudu besar lada hitam tumbuk kasar
2 keping asam keping
1 kiub pati ikan bilis Knorr
1 sudu besar gula atau secukup rasa
½ sudu besar garam
800 ml air - ikut kepekatan kuah disukaiBa

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
½ inci haliaIkan rebus

 diasingkan tulang dan isi. Kisar isi ikan dengan santan. Tuang ke dalam periuk.

Tulang dan kepala ikan dikisar bersama air dan ditapis untuk mengambil airnya.

Tuangkan bahan kisar, asam keping dan air secukupnya. Kacau rata.

Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul. Masukkan kiub ikan bilis, lada hitam, garam dan gula.

Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api. Selepas tutup api, terus dikacau beberapa minit.

Nota:
Jika kuah kelihatan pekat, tambah air panas.

Sambal:
Cili kering - rebus
Garam

Tumbuk cili dan garam sehingga hancur. Nota: perlu dilebihkan garam.

Ulam ulaman:
Kubis
Kacang panjang
Timun
Bunga kantan




Catat Ulasan for "Laksam Kelantan Sedap "