Rabu, 14 April 2021

Chicken Chop dan Sos Lada Hitam Yang Mudah dan Sedap



Alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi keana kita sekali lagi telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita seorang yang bertakwa. Aameen. 

Sebelum kita masuk lebih lanjut, jangan lupa untuk klik Follow Blog di belah kanan bagi memudahkan anda mendapat notifikasi bila resepi baru diterbitkan. Jangan lupa juga untuk klik iklan google yang ada di blog saya ini. Terima kasih. 

Siapa yang anak anak suka makan chicken chop? Hatta kalau berbuka puasa pun, mereka suka makan chicken chop. Chicken chop kalau dibeli di kedai memang mahal. 

Jadi para ibu, boleh menyediakan di rumah. Boleh makan puas puas. Sos lada hitam boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan disimpan untuk hari hari yang lain. Jadi jika kita merancang, apa apa yang hendak disediakan sepanjang Ramadhan, kerja menjadi lebih mudah. Hari lain, cuma sediakan chicken chop sahaja. Betul tak?

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana terdapat di dalamnya pesta ibadah. Setiap amalan dan pahala digandakan. Jadi tak mahu lah berlama lama di dapur. Rugi sekali kalau kita tidak merebut tawaran pahala berganda yang ditawarkan. Sediakan menu yang mudah dan cepat disediakan serta sedap. Itu yang penting. 

Kali ini, saya menggunakan kiub pati ayam Knorr untuk memerap pada ayam dan juga di dalam sos lada hitam. Lebih berperisa dan sedap jadinya. Kalau nak tahu bagaimana rasanya kena lah cuba. Di rumah saya memang sentiasa ada pelbagai kiub dari Knorr seperti ayam, daging, ikan bilis dan tomyam. 


Saya menyediakan sayur brokoli dan baby karot yang dicelur untuk dinikmati bersama chicken chop. Dengan cara ini, famili kita akan mendapat khasiat yang seimbang dalam satu hidangan. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa saya menyediakan video penuh di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk anda membuat rujukan penyediaannya... 



Chicken Chop With Blackpepper Sauce

Bahan bahan
2 keping chicken thighs
Tepung gandum
2 biji telur - pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak secukupnya

Bahan perap:
½ sudu besar kicap cair
1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
Black pepper kisar kasar secukupnya

Perap ayam dengan bahan perap selama 3 jam atau semalaman. Keluarkan dan lap kering dengan kertas tuala dapur.


Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. Celup ke dalam telur dan golek ke dalam serbuk roti.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.


Sos Lada Hitam

Bahan bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
½ sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam Knorr
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 cawan air
½ sudu besar lada hitam kisar kasar
½ sudu besar kicap pekat
Garam - jika perlu

Cara cara:
Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.

Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.

Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus. 

Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat. 

Angkat dan tutup api.

Nota:
Untuk menggoreng chicken chop, pastikan minyak telah betul betul panas. Bila ayam telah berubah keperangan, perlahankan api supaya ayam masak sekata. Ia juga bagi memastikan ayam tidak hangus tapi di dalam masih ada bahagian yang mentah. 

Untuk memudahkan mencelup ayam dalam telur, gunakan bekas yang leper. Adunan telur akan  spread. Bekas leper juga memudahkan untuk membuang lebihan adunan. Pastikan adunan salut nipis sahaja. 

Bila mencelup basah ke dalam adunan tepung, kena tekan tekan sedikit supaya ianya melekat pada ayam dengan sempurna. 





Add your comment