Singgang Tulang Rusuk
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah yang sangat terkenal di Kelantan dan Terengganu iaitu singgang.
Singgang daging atau singgang tulang adalah antara lauk yang sangat terkenal di musim hari raya Korban di mana ramai yang akan memasak dan menghidangkan lauk ini dengan menggunakan daging atau tulang dari ibadah korban.
Hari hari biasa juga ada tapi di restoran dan kedai makan sahaja. Selain daging, yang biasa digunakan untuk singgang ialah ikan. Ikan seperti ikan tongkol, ikan kembung dan ikan selar kuning.
Memasak singgang ni sangat mudah kerana semua bahan hanya perlu dihiris hiris halus supaya berasa bahan tersebut pada kuah. Tapi dari masa ke semasa akan sentiasa dibuat penambahbaikan, cara memasak walaupun menggunakan bahan yang sama.
Kali ini saya ikut cara Datin Isma di mana sebahagian bahan dihiris seperti biasa dan sebahagian lagi dikisar halus. Jadi lebih berperisa kerana bahan yang dikisar memang akan membuatkan daging dan kuah lebih sebati.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow my blog bagi mendapat notifikasi setiap kali entri baru dimuat naik. Haa klik sekali iklan yang keluar di blog tu tauu...
Singgang Tulang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1½ kg tulang
3-4 keping asam keping
½ keping gula Melaka
Garam secukupnya
Serbuk perasa aji no moto - opsyenal
½ sudu kecil cili kisar
Bahan Hiris:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 tangkai cili kering - potong kecil
Bahan Kisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil ketumbar biji
Cara cara:
Tulang atau daging direbus dengan cili kisar, lengkuas ketuk dan bahan kisar sehingga empuk.
Setelah empuk, baru dimasukkan bahan hiris dan bahan bahan lain.
Catat Ulasan for "Singgang Tulang Rusuk"
Add your comment