Jumaat, 5 Mac 2021

Kari Ikan Jenahak Pekat Sedap



Sebelum kita bersembang lebih lanjut, jangan lupa klik Follow My Blog dan jangan lupa untuk klik iklan google yang keluar. Dengan adanya iklan ini akan memberikan sedikit income buat blogger seperti saya. Terima kasih kepada anda yang telah klik.

Saya memang tidak pernah jemu untuk belajar walaupun untuk masakan yang telah saya buat setiap hari. Bila dapat tahu teknik memasak orang lain, saya pasti akan mencuba. Barulah kita dapat pelbagaikan masakan kita. Belajar perlu dilakukan sepanjang masa.

Kali ini saya mengikut teknik yang diajar oleh seorang follower saya Puan Rozina Aziz. Cara mungkin sama kecuali beliau masukkan ikan dahulu dan kemudian masukkan air asam jawa sehingga tenggelam ikan. Jadi ikan akan berebus dengan air asam jawa.

Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya mungkin sebab kari ikan adalah sesuatu lauk yang baru buat saya. Maksudnya bukan lauk yang biasa saya makan sejak kecil. Jadi saya sangat sensitif dengan rasa hanyir ikan. 

Saya memang tak suka ikan terutama ikan sungai. Kalau ikan biasanya saya akan makan jika ianya digoreng atau lauk yang ikannya digoreng terlebih dahulu. Masa saya kecil dulu, arwah Bonda bila lumur ikan dengan garam kunyit, akan dibiarkan dulu sebelum digoreng.


Cara kita makan akan dipengaruhi oleh keluarga kita kan. Masih saya ingat arwah Bonda akan memasuk gulai ikan duri di mana ikan akan diperap dengan garam selama beberapa jam sebelum dimasak gulai. Tapi dah lama saya buat kerana suami dan anak anak lebih suka makan ikan segar. Bukan ikan yang dimasinkan seperti ini.

Teringat dulu masa baru baru kawin, saya yang terkejut tengok Hubby tolong di dapur dengan dilumur ikan dengan garam kunyit dan terus digoreng. Hahaha lain cara dengan cara keluarga saya. Tapi selepas itu, saya ikut cara Hubby kerana dia yang nak makan. Lauk pauk juga selain lauk pauk Kelantan, saya juga belajar masak lauk pauk kegemaran Hubby. Antaranya ialah kari ikan dan sambal tumis udang.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Video akan diupload di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 



Kari Ikan Jenahak

Bahan bahan:
1 kg ikan jenahak/kembung/ikan tenggiri/ikan bawal 

2 biji bawang besar saiz sederhana – diricih halus

2 ulas bawang putih – diricih halus

4-6 sudu besar serbuk kari ikan Babas  

1 sudu besar serbuk cili Babas

1 mangkuk kecil air asam jawa - 30 gram asam jawa 

1 mangkuk kecil santan sederhana pekat - 400 ml

2-3 tangkai daun kari

4-6 biji kacang bendi - potong hujung

2 biji tomato - dipotong 4

¾ sudu besar halba campur 

Garam secukup rasa

1 sudu kecil gula kabung - opsyenal

½ cawan minyak masak

Air secukupnya


Bahan tumbuk:

2 biji bawang merah 

4 ulas bawang putih

1 inci halia


Cara cara:

Ikan dibasuh bersih dengan asam jawa. 


Panaskan minyak dan tumis halba campur atau 4 sekawan, 1 tangkai daun kari dan  bawang hiris sampai kekuningan dan naik bau.


Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air panas.  Masak dengan api yang sederhana. Jangan tinggalkan takut hangit.


Lebihan kari di dalam mangkuk, dikacau dengan air dan masukkan dan kacau lagi sampai pecah minyak.


Bila dah pecah minyak, tambah 2 tangkai daun kari. Masukkan ikan dengan susun ikan, jangan campak. 



Masukkan air asam jawa dan air dengan lebihan perahan asam jawa sampai tenggelam ikan. 


Kacau kuah perlahan lahan supaya ikan tidak hancur.  


Bila sudah menggelegak, masukkan santan dan kacau perlahan lahan lagi. 


Masukkan garam, gula kabung dan aji no moto (opsyenal). 


Masukkan kacang bendi dan tomato. Bila ikan masak dan kuah sedikit pekat serta terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api. 






1 ulasan

Add your comment