Khamis, 4 Februari 2021

Rendang Pedas Ayam Kampung Sedap



Bila berada di rumah, kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat. Macam macam urusan yang hendak dibuat. Waktu bekerja dulu, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Saya bertolak pukul 6.30 pagi dari rumah. Tiba di pejabat, saya menpunyai sedikit masa untuk diri sendiri seperti update blog atau baca komen komen di facebook dsb. 

Waktu makan tengahari pula, orang lain akan berpusu pusu keluar makan atau keluar ronda ronda di. Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Tapi saya tidak pernah keluar makan tengahari. Dalam setahun, adalah beberapa kali keluar dengan Husband yang datang ambil saya. Selebihnya saya akan spend masa untuk diri sendiri. Melakukan apa apa aktiviti yang boleh merehatkan minda saya.

Masa 1 jam ini kadang kadang saya guna untuk menulis di blog atau update status di instagram saya @aziekitchen atau facebook page saya Azie Kitchen Blogger. Sejak dari mula mula bekerja pun, saya tidak keluar waktu makan tengahari. Kalau tak ada apa apa aktiviti di surau, saya akan tidur sahaja.

Tapi bila dah bersara, saya jadi sibuk sehingga kadang kadang nak lepak lepak untuk menonton drama Korea pun saya tak sempat. Saya mengambil nap beberapa minit waktu tengahari jika merasa terlalu mengantuk. 

Jika saya perlu edit video, lagi memakan masa. Saya edit hanya bila saya ada mood. Begitu juga dengan blog. Mesti ada mood baru boleh menulis. Bila dah masuk alam pekerjaan rutin tidak akan berhenti sehingga lah kita mencapai usia persaraan.

Menyebut pasal alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Juita telah pun mula bekerja bermula 2 Februari 2021. Memulai hari pertama alam pekerjaan secara online kerana masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir 4 Februari dan kini disambung sehingga 18 Februari 2021. 

Manusia hanya mampu merancang, ingat dulu sebelum dia balik ke Malaysia, kami akan bercuti puas puas tanpa saya atau dia perlu mengambil cuti tahunan. Tapi tidak kesampaian kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. 

Ingatkan juga nak bawa dia menbgerjakan umrah, pun tidak kesampaian. Memang boleh pergi selepas ini, tapi bagi mereka yang bekerja, pergi dengan mengambil cuti tahunan yang memang terhad. 

Walau bagaimana pun ini lah lumrahnya yang perlu dilalui seseorang dalam kehidupan ini. Fasa fasa yang akan ditempuhi oleh setiap insan sehinggalah ke akhirnya. Sedar sedar yang muda dah menjadi tua tanpa kita sedari dek kesibukan dengan rutin harian. 

OK sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya ingin kongsikan rendang ayam kampung. Rendang pedas Perak versi Bonda Mertua saya. Nama pun rendang pedas, jadi kena ada rasa pedas, baru lah kick. Saya sediakan rendang ini untuk di makan dengan pulut kuning di SINI.   


Saya banyak kali menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel bab penyediaan rendang ini. Bolehlah subscribe channel saya untuk melihat video saya yang tak seberapa. 

Saya sebenarnya seorang yang sangat pantas dalam apa jua tindakan. Pantas bergerak, pantas berfikir. Kadang kadang saya rasa, video ini agak memakan masa. Saya memang tak sabar untuk membuang banyak masa menonton video. 

Jika mencari resepi, saya lebih sukakan blog di mana saya boleh skip jika tak mahu baca dan terus masuk ke resepi. Itu saya lah. Tak pasti bagaimana dengan anda semua. Rasa macam masa yang sangat berharga, terbazir begitu sahaja. 

Untuk memasak rendang, saya lebih suka menggunakan santan segar kerana ia akan terbit minyak dengan cantik cuma kali ini tak pasti kerana ianya seperti pekat sangat. Tak pastilah kalau santan ada dicampurkan dengan tepung.  

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...  



Rendang Pedas Ayam Kampung

Bahan bahan:
½ ekor ayam
½ kg santan 
4 sudu besar kelapa goreng - digoreng keperangan 
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
½ sudu besar garam kasar atau secukup rasa

Bahan kisar:
2 inci halia - 25 gram
½ inci kunyit hidup - 10 gram
4 biji bawang besar - 170 gram
5 biji bawang merah - 50 gram
4 batang serai
5 sudu besar cili kering kisar 

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. 



Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita sukai.


Tabur daun kunyit dan kacau rata. Bolehlah tutup api. 

1 ulasan

  1. Sedapnya kak, rendang ni. Resepi rendang pertama saya, saya belajar dari blog kak azie lah. Dah la malam2 tgk resepi dan gambar ni. Dah smgu bertangguh nak masak rendang sbb bz sgt. Hihi. Esok kena terus cari bahan dan buat.. semoga murah rezeki kak azie n family 😁

    BalasPadam

Add your comment