Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Yee Mee Goreng Yang Simple


Saya memang suka rasa yee mee yang kenyal kenyal bila dikunyah. Dulu suka jer makan yee mee bila ke restoran Homst tapi sejak mereka berpindah dari outlet Kota Damansara, dah lama tak makan yee mee. 

Cari cari apa yang boleh dimasak dalam peti ais. Semua tak ada. Yang ada hanya sebungkus yee mee. Saya guna 3 ketul yee mee.  Itu pun yang ada hanya telur, sayur bok choi dan kubis sahaja. 

Sebenarnya di dapur kita, kalau ada telur dan ikan bilis, semua boleh jadi sedap. Bahan utama kalau nak menyedapkan masakan bagi saya ialah ikan bilis. Bahan utama untuk menyelamatkan masakan pula ialah telur. Jadi dengan adanya telur, telah cukup untuk saya memasak yee mee goreng.


Jika menggoreng yee mee, lebih sedap jika dilebihkan kicap lagi pulak warnanya akan nampak lebih menyelerakan. Jom kepada mereka yang tidak pernah menggoreng yee mee sendiri, bolehlah tengok cara saya menggorengnya. Cara biasa jer tapi sedap lah jika disediakan sendiri. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Yee Mee Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 keping yee mee
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar
Udang
Fish ball
2 biji telur
Sayur bok choi
Sayur kubis - racik
½ sudu kecil garam
¼ cawan minyak masak

Bahan sos:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

Cara cara;
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. 


Masukkan udang dan fish ball. Saya tak masuk kali ni sebab tak ada stock. Goreng seketika. 

Masukkan sayur bok choi. Dan kacau rata. 

Perlahankan api dan masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Ketepikan bahan lain dan tuang telur. Kacau kacau telur sehingga telur separuh mengeras. 

Masukkan yee mee dan kacau rata. Besarkan api. Masukkan sedikit garam dan sayur kubis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 


Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.


5 ulasan for "Yee Mee Goreng Yang Simple"

  1. Saya adalah penggemar mee Hoon goreng berbanding mee kuning...masalah saya adalah untuk memilih jenama mee hoon yg paling ok...seranan tuan/puan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya biawsanya memilih mee hoon vermicille jenama Jati

      Padam
  2. hi sis...yee mee basuh dulu atau masukkan kering mcm tuje?

    BalasPadam
  3. Yee mee tu kena rebus dulu ke sis?

    BalasPadam
  4. Sy mmg suka bihun dari Mee...

    BalasPadam