Sabtu, 30 Januari 2021

Scone Sedap Ala Cameron Highland



Sebut jer scone pasti terbayang saat menikmati teh panas dan scone di Cameron Highland. Saya jarang ke sana. Kalau tak silap saya hanya 2 atau 3 kali. 2 kali saya ke sana atas urusan tugas rasmi. Sekali pergi bercuti bersama keluarga. 

Hanya kunjungan bersama Boy, Aween dan Juita sahaja, kami benar benar enjoy. Kami singgah makan scone panas panas dengan secawan teh cameroon yang panas sangat menyamankan. Kami juga masuk ke kebun strawberry untuk memetik buah strawberry.  


Scone hari ini disediakan oleh Doctor in the house, Nana yang tidur di rumah kami dengan dibantu oleh Juita. Saya hanya bertindak sebagai photographer sahaja. 

Seperti biasa, scone sedap dimakan panas panas dan dimakan bersama jem strawberry ala ala berada di Cameroon Highland juga. Lembut dan mencair di dalam mulut. Wallaa sedap sekali.


Saya syorkan anda mencuba sendiri di rumah. Apa lagi, jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Scone Sedap Ala Cameron Highland

Bahan bahan:
300 gram tepung gandum 
85 gram unsalted butter - suhu bilik
50 gram gula
2/3 cawan susu
4 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 biji telur

Cara cara:
Panaskan oven 220C. 

Satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam dan mentega dan gaul rata.

Satukan telur dan susu, kacau rata. Ketepikan sedikit untuk disapukan pada scone sebelum dibakar.

Satukan bahan tepung dan bahan susu dan telur. Kacau rata dan gaul sehingga sebati. 

Canai mengikut ketebalan yang disukai dan tekap. 


Susun di dalam loyang dan sapu dengan lebihan bancuhan susu dan telur tadi.


Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan yang disukai. 



Add your comment