Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Singkat Ke Melaka Di Tahun Baru 2021



Pada 1 Januari 2021 kami bersama 3 orang anak telah bercuti ke Melaka. Sekadar berehat selepas kepenatan dengan projek buku Resepi Azie Kitchen Edisi 2 sambil jalan jalan cari makan. Hubby juga sibuk dengan year end closing. Saya tidak cukup tidur kebelakangan ini sehingga mata juga kelihatan sangat sembab. 

Kami bertolak agak lewat dari rumah dan singgah makan tengahari yang juga agak lewat di gerai makan Semabok di gerai Asam Pedas Nora. Ketika kami sampai, pelanggan agak ramai. 

Jadi kami terpaksa makan cepat cepat dan terus beredar. Lauk utama pastinya asam pedas ikan pari dan telur ikan. Saya ambil juga ulaman yang dimakan dengan sambal mangga yang sangat sedap. 

Dari sana kami terus ke Hotel Doubletree by Hilton Hotel Melaka untuk check in tapi pihak hotel membuat sanitising. Terpaksa menunggu 1 jam sebelum boleh masuk bilik. 

Jadi kami terus ke rumah sahabat kami Tuan Haji Kamalullail dan Hajah Rozarita di Ozana Country Resort atas jemputan mereka untuk minum petang. Saya memang suka ke rumah mereka. Dekorasi rumah yang sangat cantik dan suasana dalam dan luar rumah yang sesuai dengan citarasa saya. 


Pelbagai kuih muih dihidangkan. Kesemua kuih muihnya sedap tetapi sebab kami baru sahaja lepas makan tengahari, terpaksa control. Lagi pula, sebelah malam kami mahu makan malam di Deuk Kitchen, restoran milik Faisal, anak Tuan Haji Kamalullail.  

Kenapa kami memilih Melaka sebagai destinasi percutian kali ini pun kerana mahu menikmati masakan di Deuk Kitchen. Keunikan masakan yang berasaskan daging dan ayam yang disalai memang sangat sedap. Semua sos sos di sini adalah ciptaan mereka sendiri yang semestinya tidak sama dengan tidak dapat ditemui di tempat lain. 



Faisal banyak menimba pengalaman dalam masakan luar negara semasa bekerja di atas kapal. Setiap kali singgah di pelabuhan, Faisal tidak melepaskan peluang untuk mengutip ilmu berkenaan masakan setempat. Kalau ke sana, bolehlah masuk ke dalam rumah dan melihat tempat tempat yang telah beliau singgah. 

Ada juga resepi ramen yang dicipta Faisal semasa beliau bekerja di Korea. Haa apa lagi, sesiapa di Melaka atau yang nak datang ke Melaka, wajib ada dalam itineri makan makan di Deuk Kitchen yang terletak di Kampung Morten. Ianya terletak berhampiran dengan river cruise. Ramai orang berjalan kaki untuk ke tepian sungai akan melalui restoran ini. 

Hari kedua, kami memutuskan untuk tidak bersarapan di hotel. Sebaliknya terus makan tengahari selepas check out. Kami sekali lagi ke Deuk Kitchen untuk makan tengahari. Kali ini saya order Rameen dan Aglio Olio dengan ayam salai. Haa sampai 2 sekali order untuk saya sahaja.

Selepas makan kami bertolak balik. Tapi anak anak mahu minum coconut shake, jadi singgah pula di Coconut Shake Bukit Katil. Ketika itu, orang belum ramai, jadi tidak lah risau sangat untuk turun minum di situ. Hajatnya untuk bungkus dan diminum dalam perjalanan sahaja.


Selepas itu terus balik dan singgah di Hentian R&R Dengkil untuk menunaikan solat. Dari situ, kami terus balik ke rumah. Nana datang ke rumah dan kami order sahaja makanan untuk makan malam sama sama. 

Catat Ulasan for "Percutian Singkat Ke Melaka Di Tahun Baru 2021"