Rabu, 9 Disember 2020

Bubur Jagung Manis Nona Azie Kitchen



Resepi bubur jagung ini adalah salah satu dari resepi yang terdapat dalam buku resepi Azie Kitchen, edisi pertama. Kali ini, saya menyediakan bubur ini untuk rakaman program NONA di TV3 yang disiarkan pada 6 Disember 2020. Siapa yang dah menonton rancangan Nona pada hari tersebut?

Tak apa kalau ada yang tidak sempat menontonnya. Anda boleh menonton di Azie Kitchen Youtube Channel, cuma klik di SINI.  Haa jangan lupa tonton tau. Nampak simple jer tapi ianya sangat sedap. Lagi pulak menyediakannya sangat mudah dan cepat.

Bubur jagung adalah antara makanan kegemaran cucunda saya, Ammar Yahya. Dia boleh makan bertambah tambah. Ia juga bubur kegemaran suami saya. Memang sedap mengunyah ngunyah bubur jagung yang manis manis lemak tersebut. 


Sebelum masuk bab resepi, saya cuma ingin kongsikan bab prasangka. Kita jangan mudah ber prasangka buruk pada orang lain. Apa lagi terus terus menjatuh hukum. Kadang kadang apa yang ditulis di dalam socia media, apa yang di komen dan sebagainya tidak seperti apa yang sebenarnya dimaksudkan. 

Saya tidak kata saya baik tapi saya sentiasa bersangka baik pada sesiapa sahaja. Hidup ini adalah sangat singkat. Tak tahu bila kita akan mati. Usia bukan penentu. Begitu juga sakit bukan penentu. Yang muda, yang sihat juga boleh bila bila masa dipanggil mengadap Illahi.

Jadi saya mengelakkan krisis dan perbalahan walaupun saya tahu saya berada di pihak yang benar. Apa lagi kalau mencari isu dengan netizen di socia media yang kita tidak kenal secara in person pun. Bila kita dapat lakukan ini, barulah hidup kita aman dan tenang. Itu sahaja apa yang ingin saya pesan, jika ada yang mahu mengambil iktibar, silakan. Jika tidak, boleh abaikan. Semoga bermanafaat.



Bubur Jagung Manis Nona
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 batang jagung manis - disagat ambil isinya
100 gram gula pasir
500 ml air
1 helai daun pandan

Bahan lain:
I tin jagung penuh krim
400 ml santan - 1 kotak santan kotak + 1 kotak air
½ tin susu cair - 190 gram
Sedikit garam
½ cawan sagu mata ikan - rebus dengan 1 ½ liter air

Cara cara:
Masak air sehingga mendidih. Masukkan sagu yang telah direndam dan masak sehingga sagu jernih. Masukkan air dan kacau rata. Tuang ke dalam bekas penapis. Kita dapat sagu yang jernih. Bila jagung telah mendidih, boleh masukkan ke dalam periuk jagung.  

Sementara sagu dimasak, rebus isi jagung bersama dengan gula, daun pandan dan air sehingga jagung empuk.  


Masukkan jagung manis berkrim. Kacau sehingga mendidih. Masukkan sagu yang telah direbus dan ditos tadi. 


Kemudian masukkan santan dan gaul rata.


Akhir sekali masukkan susu cair dan garam untuk menambah rasa lemak. Masak atas api sederhana sahaja supaya kuah tidak pecah minyak. 


Nota:
Rendam sagu terlebih dahulu untuk cepat sagu masak. Tapi semasa direndam, jangan dikacau. Tos dan masuk dalam air yang sedang mendidih.

Kuah akan jadi pekat selepas sejuk. Jadi pastikan kuah bubur agak cair ketika dimasak. 


3 ulasan

Add your comment