Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Ayam A Keeper Recipe


Sejak beberapa hari ini saya terfikir tentang feedback yang diberi oleh seseorang yang katanya follower saya di Instagram ramai tetapi enggagement rate saya sangat rendah. Ia bermakna follower yang klik dan like setiap pos saya di IG tidak ramai. 

Saya tertanya tanya juga kenapa jadi begitu. Adakah kerana follower saya semua wanita yang telah berumahtangga atau yang berusia yang melihat Instagram hanya untuk mencari resepi atau sekadar melihat sahaja. Kebiasaannya yang banyak klik like dan komen ialah golongan muda.

Anak saya selalu mengusik katanya yang follow mama semua dah aunty aunty. Saya pulak menjawab, kalau ikutkan follower saya terdiri dari pelbagai peringkat usia dari yang masih menuntut sehingga yang baru mendirikan rumahtangga, hatta wanita yang berusia juga.

Hmm saya disarankan membuat video yang lebih menarik. Pada pendapat saya, yang menonton video yang menarik mungkin golongan muda tetapi yang membeli dan memasak ialah kaum wanita dan mak mak juga. 

Sebenarnya agak mengejutkan dan membuatkan saya rasa terharu bila saya menanya di Instagram kenapa perkara ini terjadi. Ramai follower yang memberi komen sehingga melebihi 300 komen dan yang like juga melebihi 10 ribu. Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang mengikuti pos saya. 

Sebenarnya tak terkejar jika kita ingin mengikuti kemajuan teknologi digital dan socia media. Mungkin saya tidak perlu untuk mengikut rentak orang lain. Biarlah saya menjadi diri saya sendiri. Matlamat saya pun mungkin berbeza dengan matlamat orang lain. 


Sekarang kita masuk bab resepi hari ini iaitu rendang ayam. iRendang ayam adalah salah satu masakan baru dalam hidup saya. Saya mula makan hanya setelah berkahwin. Saya tidak pernah tengok pun orang Kelantan memasak rendang pada zaman saya di kampung dahulu. Mungkin bukan orang kampung saya lah.

Memasak rendang sangat mudah dan sangat cepat sebenarnya. Tetapi cabarannya ialah untuk menghasilkan rendang yang bukan sahaja sedap tetapi cantik kejadiannya. 

Terus terang, saya sebenarnya agak tidak berpuashati dengan kejadian rendang saya hari ini. Saya menggunakan santan segar yang baru diperah. Jadi sepatutnya ia akan terbit minyak dengan cantik. Tetapi entah kenapa, hasilnya jadi seperti kita menggunakan santan kotak pula. Saya mesej menanya penjual santan dan diberitahu katanya santan dari kelapa yang agak muda.

Sebenarnya kalau kita menggunakan santan kotak, rendang lebih cantik jika bahan bahan kisar ditumis dahulu. Jadi rendang akan cukup minyaknya. Tapi apa apa pun, resepi rendang ini adalah resepi yagn kerap saya gunakan. Jika diperhatikan, saya tidak memasukkan bawang putih dan gula. Tapi jika suka, boleh sahaja anda memasukkannya.  

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa klik iklan di blog saya dan subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Rendang Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan 
5 sudu besar kelapa parut goreng 
1 sudu besar kerisik 
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
½ sudu besar garam kasar atau secukup rasa

Bahan kisar:
2 inci halia - 25 gram
½ inci kunyit hidup - 10 gram
4 biji bawang besar - 170 gram
5 biji bawang merah - 50 gram
4 batang serai
3 sudu besar penuh cili - 120 gram

Cara cara;
Masukkan semua sekali bahan (kecuali kerisik, asam keping dan garam) ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. 


Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita sukai.

Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan kacau rata.

Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus. Kacau rata dan boleh lah tutup api.


Catat Ulasan for "Rendang Pedas Ayam A Keeper Recipe"