Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ala Raja Permaisuri Agong



Sebelum kita masuk bab perkongsian resepi nasi goreng mudah dan sedap ala Raja Permaisuri Agong, saya ingin memaklumkan bahawa buku resepi kedua saya RESEPI AZIE KITCHEN, Hebat Di Dapur telah dibuka untuk pre order dari sekarang sehingga 30 November 2020. 


Kepada yang menpunyai facebook boleh order di facebook Azie Kitchen Blogger, atau Instagram @aziekitchen atau email di haziahjaya@hotmail.com Buku ini adalah keluaran saya sendiri, jadi cetakannya tidak banyak dek kekangan bajet dan kewangan. Jadi jom cepat cepat order. Terima kasih tidak terhingga kepada sokongan semua yang mulai membuat tempahan.

Saya melihat DYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak nasi goreng yang sangat mudah tapi nampak sangata menyelerakan di Instagram baginda. Lebih lebih lagi bila nampak isi ikan tenggiri yang digoreng membar. 

Itu yang saya sengaja menggoreng lebih ikan tenggiri sehari sebelumnya sebab ada cadangan untuk menggunakan lebihannya dalam nasi goreng hari ini. 


Menurut Permaisuri, ini adalah nasi goreng santapan baginda sejak kecil yang juga digemari oleh Almarhum Ayahnda baginda sendiri. Saya memang meminati Raja Permaisuri sejak baginda melangsungkan perkahwinan dalam tahun 1986. ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian di Universiti Malaya. 

Saya menyimpan majalah yang menpunyai gambar baginda. Tapi sayang sekali, ketika berpindah ke rumah ini, rasanya Hubby telah tersalah buang kotak kotak yang menpunyai gambar gambar baginda. Setiap kali ada gambar baginda di majalah dan suratkhabar, saya akan gunting dan simpan. 

Sebelum kita masuk bab resepi, serious nasi goreng ini mudah dan sedap. Sekali sekala kena ubah selera supaya kita dan famili tidak jemu dengan hanya makan sejenis sahaja nasi goreng setiap masa. Tukar tukarlah dan pelbagaikan cara penyediaannya untuk mewarnai hidangan di dapur kita. 

Jom pakat pakat ramai ramai mencuba. Jangan lupa juga untuk klik iklan di blog saya ya. Boleh klik video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong

Bahan bahan:
650 gram nasi putih
80 gram mentega
4 biji telur
1 mangkuk isi ikan tenggiri goreng
1 sudu kecil garam

Bahan tumbuk:
1 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam

Cara cara:
Panaskan mentega dan masukkan telur. Kacau rata seperti untuk dibuat scramble. 

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga agak masak. 

Masukkan nasi dan isi ikan goreng. Akhir sekali masukkan garam jika belum terasa garamnya. 



Tabur bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. 




1 ulasan for "Nasi Goreng Ala Raja Permaisuri Agong"