Rabu, 11 November 2020

Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Nenas Yang Sedap



Sesungguhnya nikmat kesihatan sangat besar dan tidak ternilai. Telah lebih setahun, Hubby melakukan CT angiogram untuk melihat samada terdapat blockage dalam saluran arteri ke jantung dan dinasihatkan untuk melakukan procedure CT angioplasty. Setelah saya bersara, saya ikut sama menemani beliau berjumpa doktor. Bila saya tahu, saya terus meminta doktor menetapkan tarikh untuk Hubby. Saya memang tidak suka bertangguh tangguh. 

Pada hari yang sama, saya juga telah melakukan CT angiogram scan untuk melihat jika saya juga menpunyai masalah saluran jantung tersumbat. Sejak berpuluh tahun, saya selalu merasakan saya menpunyai masalah saluran jantung tersumbat kerana gaya hidup dan pemakanan saya sejak dahulu. 

Hampir 8 percubaan untuk memasukkan jarum di tangan dan lengan saya bagi membolehkan dye dimasukkan ke bahagian saluran jantung. Akhirnya berjaya setelah seorang doktor anest dipanggil membantu. 

Sementara menunggu Hubby di bilik OT, saya menunggu di bilik. Tidak pernah lagi saya merasa cemas. Maklumlah setiap procedure tetap menpunyai risiko. Dari beliau ditolak ke bilik OT pukul 5.30 petang sehingga balik ke ward pukul 8.30 malam, saya tidak henti henti berdoa.

Alhamdulillah semua selamat. Walaupun menurut Hubby memang tidak terasa sakit tapi saya sangat merasa ngeri mendengarnya. Doktor telah meletakkan 2 stents untuk membantu pengaliran darah di saluran darah ke jantung. Ia menjadikan saya bertambah takut untuk menunggu keputusan CT angiogram saya. 

Hanya keesokannya baru saya mendapat keputusan dan Alhamdulillah kerana keputusannya adalah cemerlang, mengikut kata doktor sangat cemerlang. Hanya terdapat lebih kurang 5% sahaja plague. Saya hampir tidak percaya dan terus terkeluar dari mulut saya untuk bersedekah sebagai tanda kesyukuran. 


Keesokan harinya seorang Dietician dipanggil ke bilik ward untuk menasihatkan kami cara pemakanan sihat yang perlu diubah untuk Hubby. Kebiasaanya ialah menyebut makanan sihat mestilah bukan makanannya tapi ialah cara penyediaannya. 

Cara ianya dimasak dan disediakan. Lagi satu, semua makanan boleh dimakan tapi perlu dikurangkan kuantiti setiap kali diambil dan juga pengambilannya dalam satu minggu.  

Yang perlu diperhatikan ialah mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bersantan. Yang sebaiknya ialah makanan yang dimasak secara kukus, rebus dan bakar. 

Jadi hari ini, menu saya hari ini ialah satu menu yang tidak sihat untuk mereka yang menpunyai masalah kolesterol atau penyumbatan saluran arteri. Menu ini saya masak untuk dimakan oleh anak anak. Di samping menu ini, ada juga disediakan sup ayam kampung dengan ubi kentang. 

Jadi di sini lah perlulah pengetahuan untuk kita memilih apa yang boleh dimakan. Contohnya menukar dari makan roti canai ke roti capati, menukar dari roti putih ke roti wholemeal dll. Mengurangkan pengambilan kentang goreng dan digantikan dengan pengambilan kekacang dan bijirin seperti badam, kacang gajus, kuaci tapi diambil dalam jumlah yang sedikit. Boleh menukar pengambilan minyak menggunakan minyak zaitun.

Sedikit berkenaan lauk hari ini, memang lah sangat sedap dan berlemak. Dah santan pekat berlemak, diguna pula minyak untuk menumis. Jadi kalau menu seperti ini, boleh dicuba mungkin dimasak sebulan sekali.  Makan digaul gaul dengan nasi putih panas panas, memang sangat sedap.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Udang Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Bahan bahan:
½ kg udang udang
½ kg santan 
½ biji nenas 
2 keping asam keping
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
¼ cawan minyak masak
Garam
Gula - opsyenal

Bahan tumbuk:
20 tangkai cili padi - ikut pedas
1 inci kunyit hidup hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara cara:
Bahan atas dikisar atau boleh juga ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dengan daun kunyit sehingga naik bau. Masukkan udang. Jangan rata tapi jangan terlalu lama supaya udang tidak kecut. 



Masukkan santan cair dahulu. Kacau rata. Masukkan nenas dan garam. 

Setelah mendidih rata. Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Jika belum cukup masam, masukkan asam keping.



Add your comment