Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asparagus Goreng Bawang Putih



Saya tak pasti dengan orang lain tapi rasanya mungkin sama kot. Saya dah boring sangat sangat. Rasa dah tak sabar nak berjalan. Tak dapat ke luar negara tapi kalau dapat bercuti dalam negara pun dah OK. Sepatutnya hujung bulan Oktober baru ni, kami dengan beberapa rakan nak jalan jalan ke selatan. Nak meronda ronda pekan pekan kecil, singgah ladang nenas di Johor sambil singgah makan makan sehingga ke Tg Piai. 

Semalam masa mengemas data dan gambar gambar dalam handphone, terjumpa gambar saya di Kandersteg, Switzerland. Aduhai rindu nak ke sana lagi. Cantik sangat Switzerland ni. Tengok padang menghijau, rumah rumah di lereng bukit, gunung ganang bersalji, air terjun dan air sungai kehijauan. 

Subhanallaah kurniaan Allah kepada negara mereka. Itu baru dunia, bagaimanalah pula syurga yang kenikmatan belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik dalam hati, sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadits qudsi :
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يقول الله عزوجل : « أعددتُ لعباديَ الصالحين مالا عين رأت ولا أذن سمعت ، ولا خطر على قلب بشر »

Rasulullah bersabda, Allah swt berfirman, "Telah Aku sediakan buat hamba-hamba-Ku yang sholih, sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak terdetik dalam hati manusia". Insya Allah semoga kita semua dapat ke syurga Allah.

Dulu tak boleh lama lama bercuti kerana kena ambil kira cuti tahunan yang perlu disimpan untuk kecemasan. Yalah sekali cuti dah 2 minggu. Cuti tahunan hanya 35 hari sahaja. Kadang kadang dalam bercuti pun teringat kerja kerja pejabat.

Sekarang bila dah bersara ni patut boleh berehat dan bercuti puas puas. Alhamdulillah kerana sejak PKP yang pertama awal tahun ni, saya sihat dan tiada lagi sakit kepala atau kerap tak sihat seperti waktu bekerja dulu. Sekarang kita masuk sedikit bab resepi.  


Sayur ini makanan orang bandar. Sayur makanan orang kampung macam saya ialah kacang panjang sahaja. Itu pun yang dipetik dari tanaman sendiri. Sambil memetik, petik sekali kacang panjang yang muda untuk dijadikan snack kudap kudapan. Semasa di kampung, tak pernah kenal dan tak pernah tahu pun mengenai sayur ini. 

Usahkan asparagus, udang laut pun saya tak pernah makan. Saya hanya makan udang galah sungai yang ditangkap oleh arwah bapa saya di sungai belakang rumah kami. Sungai yang sangat dalam dengan banyak buaya. 

Sekarang dah menetap di bandar, dah kira jadi orang bandar, bolehlah sekali sekala tukar selera. Haa hari ini saya masak kedua duanya sekali. Asparagus dan udang laut. Masak asparagus goreng gitu. Masak ala ala mat saleh yang banyak guna bawang putih dan tiada bahan bahan lain pun. Nanti hilang keenakan rasa sayuran ini. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk video penyediannya.  Selamat mencuba...



Asparagus Goreng Bawang Putih

Bahan bahan:
250 gram Asparagus
8 ulas bawang putih - cincang
6 biji cili padi - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
8 ekor udang - buang kulit
Garam

Cara cara:
Udang dibersihkan dan ditabur dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng udang tadi sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 


Masukkan bawang putih dan kacau sehingga keperangan. Masukkan asparagus dan kacau rata. Masukkan cili dan kacau lagi. 


Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan tutup api. Nota: jika perlu, boleh masukkan sedikit garam lagi.


Catat Ulasan for "Asparagus Goreng Bawang Putih"