Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Singapore Mee Hoon Yang Sedap


Sekarang ini, saya banyak belajar untuk memperbaiki diri, untuk lebih banyak bertenang dan bersabar. Untuk lebih banyak ihsan pada semua. Belajar mengasihani pada semua terutama mereka yang kurang bernasib baik.  

Setelah bersara, saya mengajak Hubby untuk meronda ronda dengan melalui jalan jalan kampung. Melihat rumah rumah kampung, teringat saya juga suatu masa dulu tinggal di bilik yang tiada kipas angin, apa lagi aircond. Bila terlalu panas, terpaksa buka tingkap di tengah tengah malam. Nasib baik zaman dulu, tiada banyak kes pecah rumah. 

Hanya dengan tidak memandang serious sesuatu isu, hidup akan jadi lebih tenang. Kalau sebelum ini, benda kecil pun saya akan fikir secara serious. Berbeza dengan Hubby yang tidak mengambil berat isu isu yang dirasakan di luar kawalan. Sebenarnya tidak perlu mencari kesempurnaan kerana hakikatnya manusia tidak sempurna. Jika memiliki kecantikan dan kekayaan, belum tentu mereka akan memiliki ketenangan dan kegembiraan. Tetap tak sempurna kan.

Jadi sekarang saya ingin melihat sesuatu dengan pandangan dan hati yang terbuka. Jika ada yang tak suka nak tolong apa apa dengan kita pun, tak apa. Pasti ada insan lain yang sudi. Tak perlu nak pening pening. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita sentuh pula bab resepi dan masakan.

Resepi ini saya belajar dari Ketua Chef yang pernah berkhidmat di Dinar Matahari, tempat makan untuk staf Bank Negara. Sebelum beliau berhenti, beliau telah menyalin resepi di sekeping kertas untuk saya. Banyak kali juga saya telah mencuba resepi ini. 


Serious sangat sedap mee hoon ini sehingga saya menyediakannya selama dua hari berturut turut. Jika mahu tahu bagaimana rasanya, kenalah cuba sendiri. Insya Allah anda pasti menyukai keunikan rasanya.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 



Singapore Mee Hoon  

Bahan bahan: 
350 gram mee hoon vermicelli  
6 ulas bawang putih - tumbuk kasar 
1 sudu besar cili kering kisar 
½ mangkuk udang – buang kulit
4 biji telur 
12 sudu besar minyak masak – atau guna ½ cawan   

Bahan Diracik: 
1 mangkuk kecil kubis 
1 mangkuk kecil karot 
1 mangkuk cendawan telinga kera 
1 biji bawang besar 

Bahan Sos: 
4 sudu besar kicap cair 
2 sudu besar Lea & Perrin 
2 ½ sudu kecil gula
1 ½ - 2 sudu kecil garam 

Bahan Hiasan: 
½ cawan taugeh - opsyenal 
½ mangkuk kecil daun kuchai 
1 tangkai cili merah 
Bawang goreng 
Daun ketumbar 

Cara cara: 
Mee hoon direndam dalam air sejuk selama 30 minit. Tos dan ketepikan. 

Panas minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan cili, jika perlu. 

Masukkan udang dan kacau sehingga masak, kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata lagi. Nota: Jangan ditekan tekan supaya mee hoon tidak patah dan hancur. 

Masukkan sayur sayur racik, bahan sos dan taugeh. Kacau rata. 



Ketepikan mee hoon, tuangkan 1 sudu besar minyak, pecahkan telur dan biarkan masak sedikit sebelum dikacau rata. 


Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kucai dan cili merah. Tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan daun bawang. 



1 ulasan for "Singapore Mee Hoon Yang Sedap"