Isnin, 26 Oktober 2020

Sambal Tumis Udang Yang Sedap


Saya masih lagi nak kongsikan intipati dari buku Perjalanan ku bersama Al Quran. Manusia sanggup menghabiskan masa dan tenaga berjam jam semata mata untuk mengejar kesenangan hidup di dunia seperti pangkat, perhiasan, pujian dsb. 

Mengapa ini terjadi? Kerana mereka beranggapan bahawa harta dapat menjamin kehidupan. Dengan harta, mereka boleh bergembira, boleh beli apa sahaja yang diuskai, bercuti dsb. Ini juga adalah kerana mereka tertipu dengan syaitan. 

Mencari harta dan populariti bukan matlamat kehidupan. Ianya hanyalah satu keperluan. Kita boleh  mencari keperluan tanpa melanggar objektif kehidupan. 

Apa matlamat kehidupan? Kehidupan adalah untuk melakukan ketaatan iaitu memastikan semua aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Al Quran dan sunnah. Jadi pastikan apa yang kita lakukan setiap hari, menghasilkan pahala. Itulah jaminan  kehidupan yang terbaik. Fokus bagaimana untuk melakukan amal soleh hatta dalam melakukan pekerjaan seharian. Caranya ialah melakukan setiap aktiviti mengikut peraturan Al Quran dan sunnah.

Macam mana nak tahu peraturan di dalam Al Quran, jika kita tidak belajar Al Quran. Jadi itu sebabnya kita kena belajar Al Quran dengan bersungguh sungguh. Ini lah objektif kehidupan yang sebenar. Allah akan jamin kehidupan mereka. 

Allah akan hilangkan kerisauan terhadap rezeki, keselamatan dan kesihatan. Allah akan mengeluarkan mereka dari kemelut masalah dan menunjukkan jalan keluar. 

Kita kena fahami makna ayat 1000 dinar yang selama ini dianggap hanya untuk murahkan rezeki sahaja. OK setakat ini dahulu semoga selepas ini, apa yang kita lakukan, lakukan dengan objektif untuk menjadikan ianya amal soleh. 


Hari ini saya hanya kongsikan resepi sambal tumis udang. Sebenarnya bila kekeringan idea, inilah resepi untuk memasak udang. Saya akan menyediakan sambal tumis yang basic iaitu bawang merah, bawang putih dan cili kisar sahaja. Tak ada penggunaan sos cili dsb. Ini yang kena dengan selera saya.

Bila memasak sambal tumis udang, saya akan menggoreng udang seketika. Saya suka cara ini kerana sambal tidak terasa bau udang sangat. Lain orang lain lah caranya kan. Lidah saya memang sensitif dengan bau dan rasa hanyir. 

Jom layan cara saya menyediakan sambal tumis udang. Resepi yang mudah, cuma teknik yang mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-12 ekor udang
4 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
Pes asam jawa
1 sudu besar gula
Garam

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang yang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit seketika sahaja. Bila udang berubah warna dan bengkok, dah boleh angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak yang sama tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Bila terbit minyak, masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Buat secara berulang ulang sehingga cili benar benar masak. Nota: boleh tambah minyak jika tidak cukup kerana menumis perlu minyak yang banyak. 

Setelah cili benar benar garing dan kelihatan sedikit berbuih, masukkan gula dan kacau rata sehingga warna sambal menjadi sedikit gelap. Jumlah gula bergantung kepada kepedasan cili sebab cili kisar berbeza kepedasannya.

Masukkan udang yang digoreng tadi. Masukkan pes asam jawa dan garam secukupnya. Boleh masukkan sedikit air. Jika suka, boleh masukkan bawang besar hiris.


Sesuaikan rasa dan bila bawang layu, bolehlah ditutup api dan angkat. 



Add your comment