Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Laici Mudah Dan Sedap


Aduhaai sabar lah berbanyak banyak. Mulai pukul 12.00 pagi 14 Oktober 2020 hari Rabu, kawasan saya akan diletakkan dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). 

Sebagai pesara, saya sebenarnya tidak kisah sangat PKPB tapi kasihan dengan orang yang berniaga atau yang bekerja sendiri yang akan terjejas teruk. Kesian juga dengan pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga anak anak yang baru menamatkan pengajian dan sedang mencari peluang pekerjaan.

Penularan semula wabak covid 19 kerana kegagalan mematuhi SOP terutama oleh orang politik yang terlibat dengan PRN Sabah baru baru ini. Ketika kempen diadakan, negeri Sabah memang menpunyai catatan kes Covid 19 yang tinggi. Jadi selepas PRN, ramai yang mendapat positif covid 19 di serata negeri yang dibawa oleh mereka yang balik dari Sabah.

Saya juga diberitahu ada satu kes di kawasan Kota Damansara yang positif covid 19 tapi tidak dapat dikesan pergerakannya kerana dia tidak merekodkan pergerakan beliau dengan Apps My Sejahtera. 

Rekod ini sebenarnya sangat membantu untuk mengesan contact rapat. Bila dah berlaku seperti ini, semua orang susah. Lepas ke klinik kesihatan, katanya dia ada singgah di kedai makan. Ada dua kedai makan di situ, jadi mana nak tahu kedai makan yang mana satu. Beliau kemudian singgah di Speedmart. OK semoga kita semua mengambil maklum akan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat serta negara. Sekarang kita masuk pula bab resepi.

Saya suka menyediakan agar agar ringkas untuk dimakan bila bila masa jer. Setiap kali masuk ke dapur, saya akan buka peti ais. Sampai habislah saya ulang ulang. Makan ketika puding sejuk sejuk memang nyaman sekali. 


Menyediakan agar agar ini juga sangat mudah dan cepat sekali. Yang penting, sedap dan secukup sahaja kemanisannya. Cuma jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan sedikit airnya. Satu adunan ini menghasilkan puding yang agak banyak sebenarnya. Boleh dihulurkan pada jiran jiran juga. Hahaha.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Puding Laici Yang Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan; 
10 gram serbuk agar agar 
5 cawan air - boleh kurangkan
¾ cawan gula 
15-20 gram gula batu 
1 tin susu cair 
1 tin buah laici - kisar kasar dgn 1 cawan air laici dlm tin 

Cara cara: 
Kisar kasar buah laici dengan 1 cawan air laici dalam tin. 

Masak air, gula dan gula batu sehingga hancur. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata. 

Masukkan susu cair dan laici yang dikisar. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

Nota: 
Jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan airnya. Mungkin guna 4 - 4.5 cawan sahaja.

Lebihan air laici disejukkan dan boleh jadikan kuah masa makan puding tu. 

2 ulasan for "Puding Laici Mudah Dan Sedap"