Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen



Sebelum itu, mari kita berceloteh dahulu. Semalam negara kita mencatatkan kes baharu harian Covid 19 yang tertinggi iaitu 691 kes. Hmm semuanya gara gara ahli politik yang tidak berapa peka dengan kes Covid 19 di Sabah yang memang telah pun tinggi. 

Maksud saya keutamaan seharus diberi kepada memutus rantaian covid 19 bukan dengan berkempen untuk pilihanraya. Bukan maksud saya PRN tidak penting tapi seharusnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk berkempen. 

Ini tidak, habis orang politik di semenanjung yang berduyung duyung ke Sabah. Sedangkan di negeri masing masing pun masih ada isu yang belum selesai. Contoh Selangor yang masih belum selesai isu air. 

Polisi yang dibuat juga untuk kepentingan mereka. Tarikh selepas mereka balik dari Sabah, baru disyaratkan kuarantin di rumah. Jadi mereka semua tidak perlu kuarantin. Orang politik ini risiko mereka menjangkiti orang lain sangat besar kerana mereka banyak menghadiri majlis majlis juga mesyuarat. 

Tersebar gambar mesyuarat MKN yang dihadiri oleh Menteri Agama yang kemudiannya disahkan positif covid 19 di mana di dalam mesyuarat tersebut ramai yang tidak memakai pelitup muka termasuklah Menteri Agama dan Perdana Menteri sendiri. Selain itu, tiada penjarakan sosial pun. 

Jadi mereka tidak memberi contoh yang baik. Menyuruh rakyat melakukannya sedangkan mereka sendiri ingkar SOP. OK cukup lah setakat ini, semoga covid 19 segera berakhir di muka bumi ini. 

Kalau dulu, masa masih bekerja setiap pagi saya akan bersarapan dengan Hubby. Tapi sejak bersara, saya bersarapan sendirian di rumah. Hubby keluar menghantar Ammar ke sekolah dan terus ke pejabat. Bila ada masa, dia akan menemani saya makan di mana mana tempat yang saya pilih.

Tapi hari ini bila saya mengajak Hubby makan kari kepala ikan, dia memberitahu agak sibuk di pejabat. Jadi mahu atau tidak, saya terpaksa ke dapur dan menyediakan kari kepala ikan sendiri. Kebetulan ada 2 ekor ikan jenahak di dalam freezer di rumah. Saya menggunakan hanya seekor kerana saiznya agak besar. 



Kari ikan atau kepala ikan memang kegemaran Hubby dan anak anak. Dulu dulu memang saya tak pandai kerana saya memang tak pernah makan kari ikan. Keluarga saya memang tidak pernah memasak kari ikan. Mereka hanya memasak kari untuk ayam atau daging sahaja. 

Saya tidak pernah jemu untuk belajar menyediakan kari ikan yang rasanya sedap seperti yang dimakan di kedai kedai mamak. Kuah kari biasanya tidak terlalu pekat dan rasanya lebih masam masam berbanding rasa masin. Baru lah lebih kick. 

Bahan bahan juga perlu ditumis dengan lama sehingga beberapa kali terbit minyak barulah sedap bila rempah betul betul masak. ketika sedang dimasak, kari saya ini berbau sangat sedap. 

Jadi seperti biasalah, memasak memerlukan praktis dan praktis untuk menjadi sesuatu masakan lebih menjadi sedap dan cantik kejadiannya. Lain lah kalau wanita yang hari hari memasak, mereka campak apa pun dah boleh agak sukatannya. Berbeza dengan orang yang memasak sekali sekala.

Jom layan resepi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.



Kari Ikan Jenahak

Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak - 1 kg
2 cawan santan segar
2 sudu kecil herba campur
6 tangkai cili padi - hiris
1 pelepah daun kari
5 sudu besar rempah kari ikan
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar garam kasar
50-60 gram asam jawa
½ cawan minyak

Bahan hiris:
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili padi, halba campur dan bahan hiris sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau rata sehingga naik bau. Masukkan 1 mangkuk air. Kacau dan biarkan sehingga terbit minyak. 



Masukkan air lagi dan masak sehingga terbit minyak sekali lagi. Kemudian masukkan daun kari, air asam jawa dan garam. Kacau rata sehingga pekat. Masukkan sedikit air sekadar untuk mengurangkan kepanasan minyak. Nota: supaya santan tidak berketul bila terkena minyak yang panas. 

Tuang santan dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan ikan dan buah tomato. Setelah masuk ikan, jangan kerap dikacau supaya ikan tidak hancur.



Setelah ikan masak, masukkan kacang bendi yang telah dicelur dalam air mendidih dengan sedikit minyak. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan roti canai dan roti.



Nota:
Setelah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat. Jadi biarkan kuah sedikit cair.

Kuah mesti menpunyai lebih rasa masam, baru sedap kari ikan. Lagi lama lagi sedap, rasa kari. 


2 ulasan for "Kari Ikan Jenahak Versi Azie Kitchen"

  1. Kalau makan kari ikan wajib ada sambal belacan ni, kak Azie..

    oh ya, sy dah cuba resepi sambal belacan kak azie tu, melambung2 anak sy memuji, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada saya suka juga makan dg sambal belacan tapi malas nak buat sebab di rumah ni semua tak suka sambal belacan. Buat banyak banyak dan simpan dalam peti ais. Wah saya pun tumpang gembira dengar anak anak puan suka dg sambal belacan tu

      Padam