Sabtu, 24 Oktober 2020

Ayam Ungkep Yang Mudah Dan Sedap



Assalamualaikum semua. Hari ni masak apa? Saya dah kekeringan idea nak masak apa. PKPB ni kena masak hari hari. Kalau hari lain, boleh jer saya makan kat luar. Aduhai bila hari hari masak ni, pening juga rupanya. Lebih senang kalau ada yang beritahu hari ni, nak makan apa. 

Sebelum itu, nak tanya anda yang singgah blog saya hari ini dah klik butang FOLLOW di blog saya ke? Saya baru letakkan butang tersebut. Kalau anda follow, anda akan diberi notifikasi setiap kali saya update entri baru. Saya memang update dalam dua hari sekali atau kadang kadang hari hari pun ada.

Selain itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Saya terpaksa tulis kerana ramai yang salah anggap, mereka fikir bila view sahaja resepi di blog saya, blogger akan dibayar. Tidak sebenarnya, iklan adalah source of income bagi blogger. 

Dah lebih 10 tahun, saya ber blog, saya baru letak iklan ni dalam 2 tahun lepas sahaja. Itu pun sebagai persiapan saya untuk bersara. Bila bersara, saya memang tiada pencen macam pesara perkhidmatan awam. 

Lagi pula ramai yang takut untuk klik iklan kerana mereka fikir ianya adalah spam. Insya Allah iklan di blog saya seharusnya selamat kerana ianya adalah dari google.  Jadi jangan lupa untuk klik iklan setiap kali ke blog saya.


Sebab hari hari masak lemak, masak rendang, masak sambal, jadi hari ni saya masak yang mudah jer. Yang tak guna santan pun walaupun saya letak juga beberapa sudu santan. Hahaha kalau dah biasa makan lemak, mesti rasa tak puashati tengok kuah tak berlemak. 

Ayam ungkep ni masakan Jawa yang sangat mudah dan sedap. Sekejap jer dah siap. Yang penting ianya memberi kelainan pada selera. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ni. Ada video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Ayam Ungkep
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
½ ekor ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
1 batang serai - dititik
3 cawan air
Garam/gula/perasa pilihan
½ keping asam keping - opsyenal
Sedikit santan - opsyenal
Minyak masak

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
½ inci kunyit hidup
½ inci halia 
8-10 tangkai cili padi

Bahan sangai & tumbuk:
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.

Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. 

Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.


Add your comment