Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap

Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap


Alhamdulillah saya baru selesai dengan shooting untuk video bagi rancangan Cerita Dapur Viral untuk siaran program TV Astro. Sebenarnya banyak tawaran diterima untuk program masakan dan juga bual bicara di TV selama ini yang telah saya tolak. 

Ini adalah kerana saya masih bekerja dan terikat dengan etika kerja dan kedua kerana saya sendiri yang merasa segan. Ketika shooting, saya ditanya jika saya menpunyai jadual memasak atau senarai masakan untuk dimasak dan di upload di youtube dan blog. 

Jawapan saya ialah tiada kerana saya memasak untuk hidangan keluarga. Apa yang saya masak, saya akan kongsikan resepi dan cara penyediaannya. Niat saya hanya berkongsi resepi dari apa yang telah saya cuba, menjadi dan sedap untuk dicuba pula oleh follower atau pembaca blog saya. 

Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap

Memang ada orang yang hari hari memasak pelbagai kuih dan lauk pauk. Saya pun tidak pasti berapa ribu yang dibelanjakan untuk perbelanjaan dapur dengan masakan yang mewah seperti itu. Tapi apa apa pun, semuanya terpulang pada diri masing masing kan. 

Tapi bagi saya, saya memasak untuk makan sahaja, makan untuk hidup gitu. Bukan hidup untuk makan. Saya memang berhemah dalam berbelanja walaupun ada ketika saya berboros untuk perkara lain. 

OK sekarang kita masuk pula bab resepi. Resepi saya hari ini ialah sotong masak kicap. Ramai jer boleh masak sotong kicap tapi cara saya mungkin berbeza. Jadi jika suka, boleh ikut cara saya. 

Saya kalau ada stock sotong bertelur, memang inilah masakan pilihan saya. Kalau tak bertelur pun ok juga, cuma kalau bertelur lagi lah sedap sebab penuh jer dalam badannya. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 


Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap

Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
1 kg sotong 
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil pes asam jawa
5 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil gula
½ cawan minyak masak

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar kuning - hiris bulat
3 tangkai cili merah - hiris serong
2 tangkai cili hijau - hiris serong
Daun bawang

Cara-cara:
Masukkan sotong dalam kuali dan nyalakan api. Kacau seketika sehingga air sotong keluar. Angkat sotong dan ketepikan.

Tabur serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong tadi. Kacau rata.

Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa diikuti gula dan kicap masin. Kacau rata. Tabur bahan hiasan dan kacau lagi.
 Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap

Nota:
Lebih sedap jika menggunakan sotong yang bertelur.



2 ulasan for "Sotong Masak Kicap Mudah dan Sedap"