Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Baby Sotong



Hari ini saya menyediakan sambal tumis Baby Sotong kerana kebetulan ada stock baby sotong dalam peti ais. Lagi pulak, saya nak test fry pan Gastreaux yang diberikan oleh @Mybazaaruk pada saya. 

Sebelum itu, jom kita buat pengisian minda dengan sedikit catatan dan peringatan yang baik baik. Kali ini bab kelebihan bersedekah. 

Bersedekahlah sekiranya mampu, kerana sedekah adalah salah satu cara perhubungan antara manusia yang kaya dengan yang miskin. 

Berlumba lumbalah untuk berbuat kebaikan. Jika sekiranya kita tidak mampu bersedekah kerana kekurangan harta, maka bolehlah dilakukan kebaikan yang lain seperti zikrullah, amar ma'ruf, nahi mungkar dan lain lain. Banyak nas yang menyebut kelebihan zikrullah daripada bersedekah. Cukup setakat ini dahulu, tak boleh banyak banyak. Biar sedikit, yang penting ianya dapat memberi manafaat.

Sekarang kita masuk pula bab resepi. Kalau sotong, memang saya suka masakan yang simple sahaja. Selain goreng garam kunyit atau masak kicap, saya suka menyediakan sotong sambal tumis.

Bukan sahaja mudah tapi yang penting rasanya sedap. Cuma kena diperhatikan cara penyediaannya supaya sambal kita tidak terlalu berair. Kita boleh samada masak dulu sotong sehingga air sotong keluar atau sambal dimasak yang agak kering sebelum dimasukkan sotong yang kemudiannya akan mengeluarkan air. 

Jom layan resepi di bawah ini dan saya juga ada sediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...




Sambal Tumis Baby Sotong

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

500 gram baby sotong

3 sudu besar cili kering kisar

1 biji bawang besar - hiris

1 keping asam keping

1 sudu besar gula

1 1/2 sudu kecil garam

Minyak


Bahan kisar:

4-5 biji bawang merah

3-4 ulas bawang putih


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing. 



Masukkan gula dan kacau sehingga sambal berwarna sedikit gelap. 


Masukkan asam keping dan sotong. Kacau rata. Masukkan garam dan bawang besar. 



Kacau sehingga bawang besar lembut dan sambal terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 



Nota:

Saya tak masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air. 



2 ulasan for "Sambal Tumis Baby Sotong"

  1. Sotong memang sesuai dan sedap dibuat sambal tumis

    BalasPadam
  2. The website provides you A2Z information about SEO, SEM, Web Design Tips and Tricks, affiliate, social media marketing, How to Earn Money With Blog,
    https://www.bloggingkk.com/
    https://www.bloggingkk.com/how-to-fill-invalid-clicks-contact-form-your-suspended-adsense-account/

    BalasPadam