Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.


Semalam saya kongsikan resepi rendang daging yang simple dan mudah, yang hanya menggunakan bahan basic sahaja. Tapi rasanya sangat sedap dan kena dengan citarasa saya. Hari ini saya ingin kongsikan pula gandingannya iaitu pulut kuning.

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Memang ramai jer orang yang menjual pulut kuning tapi sangat susah untuk cari yang menepati selera saya. Hampir tiada. Rasanya bukan sebab mereka tak pandai tapi kerana mereka berniaga. Orang berniaga kena kira juga keuntungan kan. Jadi kalau hendak merasa pulut kuning yang sedap, kenalah memasaknya sendiri. 

Saya memang obsess dengan pulut kuning ni, saya pantang dengar orang yang pandai menyediakan pulut kuning, pasti saya contact. Itulah arwah Bonda dulu pandai buat pulut kuning tapi masa tu tak endah nak belajar apa lagi nak ke dapur. Sekarang menyesal. Saya sanggup order pulut kuning untuk dihantar ke rumah anak anak yatim semata mata, saya mahu kawan saya sukat bahan bahan yang digunakan kerana kawan saya ni jenis memasak secara campak campak. 

Bukan apa, kalau semua orang yang hebat memasak, main campak mencampak, bila anak anak yang baru belajar memasak nak pandai memasak. Lebih lebih lagi jika bonda mereka juga tak pandai memasak. Ramai jer emak emak sekarang yang tak berapa pandai memasak kerana mereka sibuk dengan kerjaya.   

Memang sangat berpuashati dengan kejadian pulut saya hari ini, cukup lembutnya, cukup lemaknya, cukup terasa masinnya dan sangat wangi dengan bau kunyit hidup. Dah lama tak jumpa pulut kuning yang seperti ini. 

Wallaaa sedap sangat, kekal lembut sehingga keesokannya di bawah tudung saji. Makan pula dengan rendang daging yang sedap di SINI, lagi lah terkenang kenang. Video untuk rendang di SINI. Hahaha jiwang betul bila dapat makan makanan yang sedap saya ni. 

Jom layan resepi dan cara cara penyediaan pulut kuning cara saya di bawah ini. Selamat mencuba..


Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Pulut Kuning Lembut dan Lemak

Bahan bahan:
2 cawan beras pulut
2 keping asam keping
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun pandan - opsyenal

Bahan B:
106 gram santan segar pekat
1 sudu besar garam

Cara cara:
Basuh beras pulut bersih bersih. Tumbuk kunyit hidup lumat lumat. Masukkan air dan kacau sebati. 

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Tuang air kunyit ke dalam beras yang telah di tos. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata supaya sekata. Nota: Jika suka warna kuning yang cantik, boleh masukkan setitis pewarna kuning.

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Setelah semua sekata, masukkan air secukupnya dan asam keping. Rendam selama 30 - 60 minit. Selepas itu, bolehlah basuh dan tos. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih, kukus pulut sehingga masak. Angkat dan tuang ke dalam bekas besar.

Tuang santan yang telah disatukan dengan garam ketika pulut panas panas. Tutup seketika. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata rata sehingga pulut kelihatan lembut dan berkilat. 

Masukkan semula ke dalam periuk pengukus, jika suka susun daun pandan dan tuang pulut tadi. Kukus sekadar keluar wap sahaja supaya pulut tahan lama. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum.

Nota: 
jika suka, boleh taburkan sedikit gula atas pulut yang telah masak dan kacau rata. Kali ini, saya tak letak gula.


Catat Ulasan for "Pulut Kuning Yang Cukup Lembut, Lemak dan Harum. "