Nasi Lemak dan Sambal Sedap Versi Bonda Mertua
Setiap manusia pasti tidak lepas dari ditimpa ujian dan masalah selagi masih hidup di dunia yang sementara ini. Saya percaya dan berpegang, bahawa satu ujian ditimpakan seseorang kerana Allah mengasihi hambaNya itu. Ujian ditimpakan sesuai dan mampu ditanggung oleh hambaNya. Al Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Setiap ujian yang ditimpakan menpunyai hikmah tersendiri. Al Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6).
Jika kita bersabar dan memohon pertolongan Allah, Insya Allah ganjaran pahala besar yang menanti. Aameen. Al Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Semasa bercuti di Serenity Port Dickson, saya benar benar tertarik dengan komen ramai yang telah menginap di situ tentang keenakan nasi lemak yang disediakan semasa sarapan.
Jadi bila ke sana, saya siap berpesan dengan caretaker yang saya mahu berjumpa dengan puan yang menyediakan sarapan nasi lemak.
Sempat bersembang dan saya dapati beliau hanya menggunakan santan, garam dan daun pandan sahaja. Keenakan nasi lemaknya bergantung kepada santan segar yang diperah sendiri. Sedikit garam untuk menambah rasa lemak dan haruman daun pandan. Itu sahaja.
Saya juga sempat menanyakan tentang cara beliau menyediakan sambal nasi lemak. Tapi sambal nasi lemak saya hari ini, adalah mengikut cara arwah Bonda Mertua menyediakan sambal ikan bilis. Sedap kerana kelainannya dengan sambal tumis ikan bilis yang biasa.
Sambal yang hampir sama boleh dinikmati bersama nasi lemak Ustaz Yusoff Kulaan di Seksyen 6 Kota Damansara. Menurut pekerja di situ, yang memasaknya adalah orang Perak. Jadi saya mengagak ianya mesti sambal ikan bilis orang Perak kerana cara menyediakannya hampir sama.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Video penyediaannya juga ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Nasi Lemak Sedap dan Ringkas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 cawan beras basmathi
2 cawan santan segar pekat + 3 cawan air
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara cara:
Beras direndam seketika, bilas dan tos. Masak nasi dengan santan, garam dan daun pandan sehingga masak.
Sambal Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
100 gram/1 mangkuk ikan bilis
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula/gula Melaka
1 sudu kecil pes asam jawa
2-3 keping asam keping
¾ cawan minyak masak
Bahan hiris:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan kisar kasar:
25 gram cili kering - rebus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan hiris dan bahan kisar. Tumis seketika sehingga hampir masak.
Masukkan ikan bilis dan semua bahan bahan lain. Kacau rata. Masukkan air secukupnya untuk sambal masak.
Masak atas api perlahan sehingga kering dan terbit minyak. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.
Nasi lemak ni bergantung kepada sambalnya.
BalasPadamterimakasih resep nya sangat membantu
BalasPadamhttps://bit.ly/32HD2Eq
Salam, Kak Azie
BalasPadamSy mempunyai ramai kawan yang bekerja dalam kemahiran masakan. Betul, Kak Azie, santan, garam dan daun pandan, cuma tiga bahan ini yang diajar dalam modul menyediakan nasi lemak dan saya sendiri kadang-kadang menggunakan cara ini untuk menyediakan nasi lemak di rumah. Dalam pertandingan memasak nasi lemak antara pelajar pun, mereka hanya dibenarkan menggunakan tiga bahan ini sahaja, yang membuatkan nasi lemak sedap tentulah air tangan, penggunaan santan, cukup rasa garam dan wanginya daun pandan akan mempengaruhi rasa nasi lemak.
Salam, nak tny 2 sudu cili tu, guna sudu mkn ke, sbb nmpk sambal tu mcm byk pulak
BalasPadamSalam, nak tny 2 sudu cili tu, guna sudu mkn ke, sbb nmpk sambal tu mcm byk pulak
BalasPadam