Isnin, 17 Ogos 2020

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Telah lama tidak bersiaran, rindu pula rasanya. Siapa di sini yang ada Instagram? Kalau ada, jangan lupa follow Instagram saya Aziekitchen di SINI. Ramai follower saya menulis memberitahu mereka tidak jumpa IG saya. Sambil sambil baca blog hari ini, jangan lupa klik sekali iklan iklan yang ada di blog ni tau. Hahaha.

Hari ini saya bercadang nak berurut tapi kawan saya tak dapat datang. Jadi sementara saya berehat rehat di ruang keluarga, tertingat pula akan keenakan sambal nasi lemak yang saya sediakan dua hari lepas.

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Memang sedap sehingga anak anak dan menantu pun ikut makan nasi lemak walaupun dah malam hari. Nak buat nasi lemak sedap? Yang itu kena tunggu di entri lain. Pada saya, nasi lemak itu yang paling sedap dan kena dengan selera saya. 

Hari ini kita cerita bab sambal untuk nasi lemak. Kalau orang berniaga, sambal ni kosong jer. Tanpa ikan bilis. Kalau ada pun ikan bilis hanya yang dikisar sekadar memberi rasa ikan bilis. Ikan bilis sekarang bukan murah murah. Lagi lagi kalau yang berkualiti tinggi yang bermata biru tu.

Ikan bilis memang sentiasa ada stock di rumah tapi saya tak letak banyak pun ikan bilis hari ini. Sebabnya kalau makan nasi lemak, saya suka makan ikan bilis yang digoreng rangup. 

Meh lah kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Insya Allah sedap, jom cuba lah, Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI kerana saya akan kongsikan video video resepi di blog ini di sana. Selamat mencuba... 


Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Bahan bahan:
2 biji bawang besar - hiris
Sedikit belacan - opsyenal
½ cawan minyak
½ keping gula melaka - 65 gram
3 sudu besar gula pasir
¾ cawan air
3 sudu besar air asam jawa - atau guna asam keping
1 sudu besar ikan bilis goreng yang ditumbuk
1 sudu besar garam

Bahan kisar:
1 genggam cili kering - 21 tangkai, rebus dan tos
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar sehingga naik bau.

Masukkan bahan kisar. Masukkan serbuk belacan, jika suka. Jika kurang minyak, boleh tambah.

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Masak sehingga terbit minyak beberapa kali dengan memasukkan sedikit air dan tumis lagi. Masukkan air dan tumis lagi.

Setelah sambal terbit minyak, barulah masukkan gula melaka dan gula. Kacau rata. Tuang sedikit air.

Masukkan ikan bilis tumbuk, air asam jawa dan garam. Biarkan sambal merenih dan menjadi pekat.

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi

Nota:
Jika suka, boleh juga dimasukkan 50 gram ikan bilis goreng.

Mudah Jer Nak Buat Sambal Nasi Lemak Gerenti Jadi


1 ulasan

  1. Makan nasik lemak mesti nak ada sambalnya
    Sedap sambalnya sedaplah nasik lemak tu

    BalasPadam

Add your comment