Rabu, 5 Ogos 2020

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Assalamualaikum semua. Apa khabar dan semoga hari ini adalah hari yang terbaik dari semalam. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan google yang keluar di blog saya juga ya. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah tapi sangat sedap. Mungkin ada yang tidak menpunyai Instagram akaun di sini. Atau jika ada IG tapi belum follow Instagram saya iaitu @aziekitchen, bolehlah follow. 

Saya ada kongsikan bila mana abang saya yang datang dari kampung ke rumah kami untuk menebang pokok kelapa kami yang dah berpuluh tahun usianya tapi belum nampak tanda tanda untuk berbuah. 

Bila pokok kelapa ditebang, pasti yang best ialah kita dapat umbut kelapa. Jadi ramailah follower dan sahabat handai yang mencadangkan saya supaya membuat masak lemak putih umbut kelapa. 

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

aya Jadi saya yang tidak pernah memasak umbut kelapa cara  ini pun, mencubalah. Serious sedap sehingga saya makan meratah ratah. Rasa saya lagi sedap kalau digandingkan dengan ikan rebus goreng dan sambal belacan. Alaahaai serious sedap. 

Tetapi saya kena ingatkan di sini, umbut memberi kesan angin pada badan. Terasa juga lah sakit dan sengal kerana mungkin saya makan terlebih banyak. Itu sebabnya kita wajib memasukkan sedikit lada hitam untuk mengurangkan kesan angin dalam badan. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga cara cara penyediaannya. Selamat mencuba...

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk umbut kelapa
2 cawan santan segar
Garam

Bahan tumbuk:
1 ekor ikan kembung rebus
3-4 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam 

Cara cara:
Rebus umbut kelapa sehingga lembut. Angkat dan toskan. Nota: saya rebus banyak dan sebahagian disimpan dalam bekas dalam peti ais untuk masakan lain pula.

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Satukan bahan tumbuk dengan santan dan air supaya menjadi santan cair. Masak sehingga sekata. Nota: Tujuan saya meletak santan cair dahulu kerana bagi memastikan kuah tidak berketul ketul, jika tidak dikacau dengan baik. 

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Setelah mendidih, baru dimasukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit ajino moto. Biarkan mendidih sekali lagi dan bolehlah ditutup api. 

Masak Lemak Putih Umbut Kelapa Yang Sangat Sedap

Bagi menambah warna pada masak lemak, bolehlah ditaburkan sedikit cili merah yang dihiris.


3 ulasan

  1. Lamanya tak makan umbut kelapa. Sedap tuuu

    BalasPadam
  2. Selalu juga masak umbut kelapa ni.
    Buah kelapa tua yang tumbuh tu, wak biarkan sampai besar
    lepastu tebang ambil umbutnya.

    BalasPadam
  3. Sedapnya masakan begini.
    Dah lama tak jumpa umbut kelapa!

    BalasPadam

Add your comment