Khamis, 23 Julai 2020

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap


Siapa pernah makan sup kaki lembu? Kalau di kampung saya atau tempat lain di Kelantan kalau disebut sup kaki, maknanya satu batang tulang gear box termasuk kaki yang berkasut sekali.  Jadi saya membuat pesanan 1 batang kaki. 

Penjual daging tempat saya selalu beli daging segar menghantar hanya kaki kaki lembu sahaja. Terkejut juga sebab ingatkan tak banyak isinya. Tapi rupanya banyak juga. 

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Kebetulannya bahagian kaki ini merupakan bahagian paling saya sukai bila makan sup kaki lembu. Dah lama tak makan kerana nak menyediakannya agak remeh. Ianya perlu dibakar terlebih dahulu bagi memastikan tiada bulu bulu di bahagian kaki. Setelah semuanya licin, baru direbus dan dihiris sebelum dimasukkan dalam sup. 

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Saya makan nasi menambah nambah bila makan dengan sup kaki dan berulamkan petai goreng dan sambal ikan bilis berlado dengan petai. Memang sangat sangat nostalgia dapat makan kaki lembu yang harum kesan dibakar. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mudah dan cepat sahaja disediakan. Yang penting, bila dimasak sendiri sup lebih sedap dan sesuai dengan citarasa sendiri... 


Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Sup Kaki Lembu

Bahan bahan:
1 kg kaki lembu - rebus
1 sup bunjut
1 biji kentang
½ batang karot
Garam
Daun bawang
Bawang goreng
1 biji buah limau nipis

Bahan bahan hiris:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Kaki lembu dibakar dan dikikis licin. Kemudian dibasuh dan direbus dalam periuk tekanan selama 30 minit. 

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Angkat dan dihiris mengikut saiz yang disukai. Masukkan semula ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan tadi. Masukkan sekali ubi kentang dan karot. Rebus sehingga kentang empuk.

Sup Kaki Lembu Yang Sangat Sedap

Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bawang bawang hiris dan sup bunjut sehingga bawang keperangan. Tuang ke dalam periuk sup. Masukkan garam secukup rasa. 

Akhir sekali, masukkan daun sup dan bawang goreng. Perah air limau nipis, jika suka. Sedia untuk dihidangkan. 


3 ulasan

  1. This is indeed good news! Finally the folks in the tech industry realized they thrashing the environment too much that they felt compelled to make something nice. with free guilds and quests

    BalasPadam
  2. Wow, I love your post today! This in just the perfect time. Thanks a bunch! with free guilds and quests

    BalasPadam

Add your comment