Sabtu, 25 Julai 2020

Mee Goreng Versi Azie Kitchen

Mee Goreng Versi Azie Kitchen

Lama tak menyediakan mee goreng. Pada selera saya, mee goreng sayalah yang paling sedap dan kena dengan saya. Kalau makan di kedai, semua tak kena dengan selera. Jarang sekali bila saya order mee goreng, kena dengan citarasa. 

Jadi kalau nak makan mee goreng yang sedap, saya memang kena menyediakannya sendiri. Haa jangan salah faham ya, saya tuliskan mee paling sedap pada selera saya. Pada orang lain saya tak pasti. 

Saya tak suka mee terlalu kering, atau terlalu basah. Saya tidak suka mee kurang lembut atau terlebih lembut. Saya tidak suka mee terlalu banyak bahan. Saya memang cerewet bab mee goreng dari kecil sehingga ke hari ini. Saya dari kecil memang biasa makan mee bodoh yang hanya ada sayur kangkung yang jarang jarang dalam mee. 

Mee Goreng Versi Azie Kitchen

Hari ini pun saya tak merancang pun untuk memasak tapi bila saya masuk ke dapur, nampak Ros sedang menyediakan bahan untuk menyediakan mee goreng. Ada mee kuning lebihan dari mee Bandung tempohari yang masih tersimpan dalam peti ais. Jadi saya terus mengambil alih dan menggorengnya sendiri. 

Hahaha bila sendiri menggoreng, memang makan tak henggat lah, dua tiga kali menambah. Haruslah ada limau nipis, lagi menambah nambah. 

Jom layan mee goreng cara saya, versi saya yang saya masak bertahun tahun untuk mencari kaedah yang sesuai dengan citarasa saya. Boleh tengok video yang lepas di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Mee Goreng Versi Azie Kitchen

Mee Goreng Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
1 ikat sawi
5-6 tangkai cili padi - ketuk
2 biji telur - kali ni, tak letak
1-2 sudu besar cili kering kisar
1 cawan air

Minyak masak
Daun bawang/bawang goreng
Limau nipis 

Bahan sos:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap cap kipas udang

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Mee kuning dilalukan di bawah air dan ditos. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga terbit minyak. Boleh masukkan sedikit air untuk memastikan cili benar benar masak. 

Setelah terbit minyak, masukkan ayam atau daging atau makanan laut yang digunakan. Nota: kalau daging, boleh direbus dulu dan masukkan air rebusan daging. 

Setelah ayam masak, masukkan bahan bahan sos dan kacau rata. Boleh ditambah sedikit air dan biarkan sehingga terbit minyak lagi. Nota: air ini juga untuk memastikan mee secukup lembutnya. Jika kurang, boleh tambah air sedikit demi sedikit. 

Mee Goreng Versi Azie Kitchen

Masukkan mee kuning dan kacau rata. Masukkan telur, jika suka. Masukkan sayur sawi dan garam secukupnya. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan cili padi ketuk. Bolehlah tutup api.

Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup, bawang goreng dan perah limau nipis, jika suka. 



Add your comment