Jumaat, 17 Julai 2020

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Telah agak lama saya tidak bersiaran di sini. Walaupun dah bersara dan tidak lagi perlu ke pejabat tapi banyak juga kerja kerja yang perlu dibereskan di rumah. Selagi urusan penjualan buku saya 101 Resepi dari Azie Kitchen belum selesai, memang tugasan tidak selesai. 

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Alhamdulillah kerana cetakan pertama telah hampir habis. Kebanyakan kedai Popular tiada lagi stock. Kesibukan dengan buku ini menyebabkan saya tidak terasa masa berjalan pantas. Saya tidak pasti kalau akan terdapat cetakan kedua walaupun saya dapat tahu, mungkin akan ada tidak lama lagi. 

Insya Allah atas permintaan ramai, saya akan menerbitkan buku kedua tidak lama lagi yang menampilkan resepi resepi pilihan saya. Resepi untuk menjadi seorang wanita hebat. Bagaimana hendak jadi wanita hebat di mata suami, mata anak anak dan mata ibubapa serta mertua, kena tunggukan kelahirannya. OK setakat ini dahulu, nanti kita sambung di lain kali.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi ringkas iaitu masak lemak perut lembu. Saya beli perut lembu dari penjual daging yang memang saya kenal bertahun lamanya. Perut yang telah dibersihkan cuma perlu direbus selama 30-35 minit menggunakan periuk tekanan supaya lembut. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini.... Selamat mencuba..

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak Lemak Perut Lembu

Bahan bahan:
Perut lembu
1 mangkuk santan segar
1-2 biji ubi kentang 
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak

Bahan kisar:
15-20 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 inci halia

Cara cara:
Perut direbus dengan sedikit halia dan lengkuas sehingga empuk. Saya menggunakan periuk tekanan selama 35 minit. Angkat dan tos.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Nota: boleh juga, jika tidak mahu tumis.  

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap


Setelah naik bau dan masak, masukkan perut dan ubi kentang. Kacau rata sehingga kentang empuk. 

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap


Setelah kentang empuk, masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tuangkan santan, masukkan asam keping dan garam. Nota: tujuan supaya santan tidak terus bersentuh dengan minyak panas sehingga menjadi kuah berketul. 

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak sehingga kuah mendidih dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat. 

7 ulasan

  1. Nampak sedaaap! Lama tak makan perut lembu. Tengok macam boleh buat ni...

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak tahu tips menjadi superwoman macam kak azie :)

    BalasPadam
  3. Memang sedap.
    Regukan dengan rebung fresh pun okay

    BalasPadam
  4. Tertelan air liur bang hang Peter lmbu lemak..😋

    BalasPadam
  5. Haaa... ini masakan yang boleh menambat hati suami

    BalasPadam
  6. Assalam,

    sedapnyer. saya tak pernah masak perut lembu, tahu makanjer. hihihi

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pn Azie... 1st time komen sini.. Terima kasih sgt2 share semua resepi di sini.. Saya mmg pengikut tegar resepi pn.. Semua resepi menjadi.. Alhamdulillah.. Semoga pn dimurahkan rezeki & mohon halal semua resepi yg saya ambil dalam ni.. ☺️

    BalasPadam

Add your comment