Khamis, 1 Oktober 2020

Udang Goreng Dengan Kacang Buncis


Hari ini nampaknya kes baru Covid 19 masih tinggi, iaitu 260 yang sebahagian besar adalah penularan tempatan. Saya sebenarnya agak kuatir kerana banyak majlis perkahwinan yang perlu hadir. Anak kami, Dr Nana menghantar mesej menulis kalau kes masih tinggi, mama dengan papa tak perlulah pergi ke mana mana majlis perkahwinan. 

Bila hadir majlis kenduri kawin, saya perhatikan memang tiada pemerhatian serious diberikan pada SOP. Tiada penjarakan sosial dan ramai yang tidak memakai pelitup muka bila bersembang sesama sendiri. Tetamu bergambar sesama sendiri dengan jarak yang rapat. Meja dan tempat duduk juga tidak ketara penjarakannya. 

OK setakat ini dahulu, semoga kita semua dapat mengelakkan kepentingan diri sendiri. Utamakan kesihatan dan keselamatan ramai tetamu. Jika perlu diadakan, hanya adakan majlis kecil kecilan untuk yang wajib sahaja. Sekarang kita masuk pula bab masakan hari ini.

Semasa kecil saya tak pernah makan kacang buncis kerana biasanya kami hanya makan kacang panjang. Kacang panjang yang ditanam sendiri. 

Hanya sekarang ini, sahaja saya baru kenal kacang buncis. Itu pun setelah dengar komen dari seorang kawan yang mengatakan sedap kacang buncis kerana baunya sedap. Dalam hati, ooh ye ke kacang buncis ada bau wangi. 


Sebenarnya kalau lauk sayur, saya memang suka masakan yang simple sahaja. Guna bahan bahan yang ringkas. Citarasa saya memang sesuatu yang simple. 

Cuma satu jer, kalau masak sayur kacang buncis, kena masak sekejap jer. Jangan lama lama, barulah kacang buncis tu krup krap krup krap bila diratah.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Udang Goreng Dengan Kacang Buncis

Bahan bahan:
1 mangkuk udang
1 mangkuk kacang buncis
½ batang karot
1 tangkai cili merah - hiris
3-4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit keperangan. Masukkan pula karot dan kacau sehingga karot lembut.


Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang separuh masak. 


Masukkan pula kacang buncis dan kacau rata rata. 


Masukkan cili merah dan sedikit garam. Kacau dan terus tutup api supaya kacang buncis kekal rangup. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba...



1 ulasan

  1. Salam, Kak Azie..
    Semoga kita semua terpelihara dari penyakit yg merbahaya, kita usaha mana yg terbaik dan termampu, sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.

    Sy suka kacang buncis tapi secara jujur lagi senang dan cepat siang kacang panjang dari kacang buncis, hehe

    BalasPadam

Add your comment