Ahad, 28 Jun 2020

JJCM Pantai Timur Part IV di Kelantan



Hari pertama di Kota Bharu kami bersarapan di Kopitiam Kita yang telah di book awal. Orang terlalu ramai. Walaupun di book, tapi bilik penuh. Ya lah mereka tak dapat membiarkan ruang kosong bila orang yang menunggu terlalu ramai. 

Nasib baik kami dapat bilik yang walaupun dikongsi dengan orang lain, masih lebih selesa berbanding dengan di ruang restoran di luar. 

Selain pelbagai menu roti bakar, kami juga menjamah nasi berlauk, nasi dagang yang dibungkus beralaskan daun pisang. Yang menjadi pilihan ramai di sini ialah roti titab, yang merupakan roti yang dibakar dan dihidangkan dengan kaya, majerin dan telur.

Selepas makan diadakan penyampaian hadiah bagi game yang kaum suami sertai sepanjang dalam perjalanan. Di samping itu juga, adalah acara wajib iaitu bergambar kenangan sebagai satu kumpulan. 




Selepas sarapan, kami di bawa ke Pasar Buluh Kubu untuk membeli belah di situ atau di Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak bersebelahan bangunan sahaja. Saya singgah untuk menukar brooch yang dibeli. Di sini juga menemani besan kami membeli banyak sampin songket. 

Kain songket Kelantan tenunan tangan ini memang menjadi pilihan kami sekeluarga. Saya beli sampin untuk majlis majlis perkahwinan anak semuanya di sini. Jika ada yang berminat, bolehlah berjumpa dan Herry dan beritahu dia yang anda mendapat rujukan dari Azie Kitchen. Hahaha pasti dia memberi harga istimewa.  



Kemudian kami berjalan ke pasar Siti Khadijah untuk mencari toto saiz single senang digunakan ketika berurut. Keadaan di dalam pasar sangat panas dan orang pula sangat ramai mungkin kerana telah mula cuti persekolahan. 

Bukan sahaja tidak selesa dengan panas tapi dalam hati agak kerisauan dengan penularan wabak covid 19. Jadi selepas beli kami terus turun ke gerai di tengah tengah antara kedua dua bangunan untuk minum sementara menunggu rakan rakan yang lain bershopping. 

Selepas selesai shhopping, kami menaiki bas untuk dibawa ke Kampung Badak di Bachok untuk makan tengahari di rumah Prof Dr Anizu. Hidangan tengahari ditempah dari rakan sekolah kami iaitu Puan Maznah yang terkenal juga sebagai Mama Nah Kitchen di facebook. 



Lauk pauk yang saya pilih ialah Kerutuk Daging, teresek jantung pisang, solok lada, ikan goreng serta ulam bersama sambal belacan. Ada juga lauk sampingan yang disediakan oleh tuan rumah iaitu sup urat keting. 

Kuih muih Kelantan juga banyak iaitu akok dan macam macam lagi. Masya Allah semua lauk pauknya sedap sedap dan memang terasa sangat keaslian masakan Kelantan. Saya meratah solok tak tahu berapa biji. Saya seperti tak mahu berhenti makan walaupun telah kekenyangan.


Selepas makan, kami buat keputusan untuk balik dan berehat di hotel kerana masih kekenyangan untuk minum petang. Kalau ikut aturcara, ada keluar untuk hi tea. Jadi kami buat keputusan untuk terus keluar makan malam sahaja. 


Saya hanya lepak lepak di bilik sahaja sambil membalas mesej yang membuat order untuk buku masakan saya iaitu  101 Resepi Dari Azie Kitchen. Ada juga yang keluar ke pasar Kota Bharu seperti Mai dan Dr Salita. 

OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya untuk aktiviti malam di Kota Bharu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.


1 ulasan

Add your comment