Donut Gebu BNM Azie Kitchen
Hari ini saya ingin kongsikan resepi donut yang sangat saya gemari yang dijual di cafetaria tempat saya bekerja. Dulu setiap petang, saya merajinkan diri untuk turun beli donut ini di cafetaria. Tapi ada masa tak ada rezeki, bila donut kehabisan.
Sebaik ianya dikeluarkan panas panas, sekejap jer dah licin. Macam chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Memang ramai staf akan menunggu donut ini dikeluarkan dari dapur. Lebih lagi laku dari goreng pisang panas. Saya pasti ramai rakan sekerja saya dari BNM yang pernah merasai kesedapan donut ini.
Seperti biasa, saya memang tak akan senang duduk selagi tak tahu, siapa yang menyediakannya dan apa resepinya. Saya merisik siapa yang menyediakan donut ini kerana di cafetaria ramai pekerja dan mereka pun tak keluar. Jadi saya terpaksa merisik dengan staff yang bertugas di bahagian hidangan.
Donut ini bukan donut yang biasa ada lubang di tengah tengah. Jika nak buat macam donut biasa pun boleh juga. Semuanya ikutlah kesukaan masing masing. Donut ini gebu lembut. dan sangat sedap.
Saya memang suka donut yang teksturnya macam ni, tidak terlalu gebu, tidak kasar. Rasanya seperti donut yang dulu dulu. Saya boleh menghabiskan 3-4 ketul sekali jalan jer. Hahaha.
Dah bertahun tahun saya menyimpan resepi ini. Tiada masa dan kesempatan untuk menyediakannya. Sehingga lah hari ini, baru berkesempatan. Saya namakan Donut Azie Kitchen untuk memudahkan saya membuat rujukan di masa depan.
Jom layan resepi di bawah ini dan selamat mencuba...
Donut Gebu Azie Kitchen
Oleh: Azie kitchen
Bahan bahan:
2 kg tepung gandum
15 sudu besar gula kaster
2 biji telur
2 biji telur
2 sudu kecil garam halus
5 ½ sudu kecil yis mauripan
5 sudu besar majerin
5 sudu besar majerin
900 ml air paip
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan minyak dengan api perlahan. Sedia untuk digoreng sehingga keemasan. Angkat tos dan sejukkan.
Setelah sejuk, masukkan ke dalam plastik dan tuang gula kaster. Goncang goncang plastik sehingga donut bersalut rata dengan gula. Sedia untuk dinikmati.
Saya buat hanya menggunakan 1 kg tepung menghasilkan 48 biji donut.
Boleh juga uli menggunakan mixer.
Goreng sekadar untuk mematikan tepung jika ingin membuat donut sejuk beku.
Tepung gandum yang paling sesuai ialah Blue key.
Tepung gandum yang paling sesuai ialah Blue key.
Catat Ulasan for "Donut Gebu BNM Azie Kitchen "
Add your comment