Jumaat, 1 Mei 2020

Udang Goreng Dengan Kacang Buncis

 

Selamat hari pekerja buat semua mereka yang masih bekerja tanpa mengira apa pun jawatan dan sektor di mana anda bekerja, anda tetap menyumbangkan pada pembangunan dan ekonomi negara. Dah jadi YB, saya pun lupa hari ini hari pekerja. Bukan tidak tahu tapi lupa. Bila saya menanya Nelly kalau dia ke pejabat atau bekerja dari rumah, baru saya ingat yang hari ini adalah 1 Mei yang saya pernah tunggu tunggu untuk berehat di rumah. 

Semalam sepanjang hari, dok dengar bab cerita makanan yang dijual di Bazar Ramadhan online. Tahu lah berita Astro, akan diulang ulang berkali kali sepanjang hari. Saya memang setuju sangat dengan apa yang diperkatakan. Masa ada Bazar Ramadhan pun, boleh lihat kualiti masakan yang dijual. 

Kebanyakannya peniaga yang tak pandai memasak. Mereka berniaga untuk mencari duit lebih sahaja. Memang tak salah untuk mencari duit lebih, tapi kenalah juga ikhlas. Kalau sedap dan berkualiti, harga mahal pun tak jadi masalah untuk membayarnya.

Itu sebab sebelum ini, bila kami mencari makanan di bazar Ramadhan, kami akan memilih peniaga yang memang berniaga makanan di bulan bulan biasa. Mereka jaga nama mereka kerana jika tak sedap, ianya akan memburukkan nama mereka di luar bulan Ramadhan.

Jadi memang saya tidak hairan lah kalau bazar Ramadahan online juga menjual makanan yang teruk. Ini adalah kerana mereka tidak perlu berdepan dengan pelanggan. Kalau esok pelanggan yang dah terkena ni tak order, akan ada pelanggan lain yang order. 

Video yang dikongsikan di dalam berita tadi menunjukkan karipap yang lompang di dalamnya. Kosong dengan ada inti yang sangat sedikit. 70-80% kosong. Kuih onde onde yang dah bocor dengan tiada lagi air gula di dalamnya. 

Saya tak pasti apa yang ada dalam fikiran mereka yang berniaga di bazar Ramadhan online. Apakah mereka sendiri lalu untuk makan karipap kosong yang tiada inti seperti itu. Sebenarnya apa yang kita buat untuk jual, kena lah umpama kita sendiri hendak makan. 

Jadi kalau kita sendiri rasa tak sedap, apakah orang lain akan rasa sedap. Hahaha apa yang saya tulis sekadar peringatan sahaja. Jika ada antara anda yang berniaga secara bazar online di bulan Ramadhan ini, fikir fikirkan lah kebenarannya apa yang saya tulis ini. 

Kebenaran itu pahit tapi kebenaran tetap kebenaran. Nak berniaga kalau kuih muih yang kita tak pernah buat sebelum ini, kena buat homework betul betul. Baca resepi di blog betul betul. Fahami bahan bahan dan cara cara membuatnya. Tengok video di youtube untuk langkah langkah penyediaannya. Cuba dulu buat di rumah. Bila dah OK dan sedap rasanya di tekak sendiri, baru dibuat untuk jualan. OK lah setakat ini dahulu.   


Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah, bahan ringkas dan sangat cepat disediakan. Tapi walaupun mudah, masakan macam ini pun susah nak cari yang sedap di bazar Ramadhan.  Jadi eloklah disediakan sendiri. Selain jimat kita juga dapat memastikan lauk yang disediakan masih berkhasiat.

Untuk menyediakan udang ni, ada pelbagai, ada yang buang semua kepala dan buang semua kulit. Tapi saya ni kalau dari kecil, tak pernah pun merasa nak makan udang ni, saya rasa sayang sangat nak buang kepala. Sekarang walaupun dah mampu beli udang, saya tetap rasa sayang dan membazir jika dicabut kepala udang. 

Jadi terpulang lah kepada masing masing macam mana mahu udang itu dibuat ya. Dulu masa boleh makan udang, masa belum ada alergi, sayalah yang makan kepala udang. Bagi badan udang pada anak anak. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Udang Goreng Dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6-8 ekor udang - buang kulit, jika suka
Kacang buncis
Sedikit karot
1 tangkai cili merah - hiris
Garam 
Sedikit sos tiram

Bahan hiris:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan karot dan kacau sehingga separuh lembut.


Masukkan udang yang telah dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau rata sehingga udang hampir masak.


Masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau rata.

Masukkan garam dan sos tiram secukupnya. Bolehlah ditutup api supaya kacang buncis tidak terlebih masak.




Add your comment