Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Telur Mata dan Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Telur Mata

Semalam semasa ucapan sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan ditamatkan bagi kebanyakan sektor ekonomi dengan prosedure operasi standard yang ketat. Sektor sosial dan akademik masih belum dibuka.

Walaubagaimana pun, majikan masih digalakkan untuk melaksanakan work from home terutama bagi pekerja yang menpunyai anak kecil. Majikan juga masih perlu mematuhi social compliance dengan melaksanakan penjarakan sosial, amalan menutup mulut dan pemeriksaan suhu badan di kalangan pekerja dsb. 

Di luar sana, kita masih belum selamat dan kita belum menang. Covid 19 masih ancaman yang boleh membawa maut kerana masih belum ditemui penawar kepada virus ini. Covid adalah sebahagian dari komuniti kita sekarang. Jadi kita semua kena patuh kepada SOP untuk memutuskan rantaian virus covid 19. Bak kata Ketua Pengarah Kesihatan, KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, rumah adalah tempat paling selamat buat masa sekarang. 

Saya yang telah lama berada di rumah sepanjang tempoh PKP tiba tiba terasa sedih kerana memikirkan aktiviti biasa akan bermula. Jika sekarang ini, saya selesa dan tidak keseorangan di rumah. 

Sedih memikirkan norma baru yang akan saya jalani selepas ini seperti akan berada keseorangan di rumah bila Hubby keluar ke pejabat dan Aween keluar menghadiri kuliah. Lagi pulak banyak aktiviti sempena PKP seperti memasak. Selepas ini, kalau Hubby sudah mula ke pejabat, mungkin saya pun tidak serajin sekarang untuk memasak. OK cukup setakat ini dahulu.

Sekarang kita masuk pula bab masakan. Bab yang paling remeh dalam menyediakan sambal tumis ialah bab menumis bahan bahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Kadang kadang terpercik ke seluruh dinding dan lantai. 

Kena menumis agak lama. Bila dah terbit minyak, masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi. Baru sambal benar benar masak dan tahan lama. 

Sambal Tumis Telur Mata

Hari ini saya menyediakan sambal tumis yang agak banyak. Setelah masak, saya bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian, saya masak dengan udang yang telah digoreng untuk menjadikan sambal tumis udang. 

Sambal Tumis Udang

Satu bahagian lagi pula, saya masukkan dalam telur yang digoreng mata untuk dijadikan sambal telur mata. Kalau suka telur rebus, boleh juga dimasukkan telur rebus yang kemudian digoreng seketika. Itu pun masih ada lebihan yang saya simpan di dalam freezer untuk digunakan bagi lauk lain pula.

Sambal Tumis Telur Mata

Seperti biasa, jika sambal tumis saya hanya menggunakan bahan bahan basic sahaja iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih. Saya tak masukkan apa apa sos atau kicap dan sebagainya. Saya suka sambal tumis yang seperti ini. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Ianya sesuai untuk 3 hidangan lauk pauk. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Telur Mata

Sambal Tumis Telur Mata

Bahan bahan:
500 gram udang, atau
4 biji telur goreng mata
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar gula perang
½ sudu besar garam
½ sudu besar pes asam jawa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
7 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan tumis. Tumis bahan kisar sehingga benar benar masak dan terbit minyak. Nota: jika sambal telah garing, kita boleh lihat ianya sedikit berbuih di tepi.

Setelah terbit minyak, masukkan gula perang dan kacau rata sehingga warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. 

Masukkan sedikit air, pes asam jawa dan garam. 

Sambal Tumis

Setelah sambal masak cantik, bolehlah dimasukkan udang yang telah digoreng atau telur mata goreng. Gaul rata dengan sambal. Minyak jika berlebihan, boleh diceduk keluar dan digunakan untuk menggoreng nasi atau mee. 

Sambal Tumis Udang

Nota;
Atau jika belum mahu menggunakannya, separuh dari sambal boleh disimpan di dalam bekas dan disimpan untuk kegunaan di masa hadapan.

Sambal Tumis



2 ulasan for "Sambal Tumis Telur Mata dan Sambal Tumis Udang"

  1. Suka sambal tapi tak tahan pedas.
    Lada kering sekarang ada yang jenis kuat pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh beli lada kering di kelantan jenis tak pedas. ada jual di shoppee

      Padam