Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Kerang

Sambal Tumis Kerang

Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan penghantaran buku masakan 101 Resepi Dari Azie Kitchen. Stock buku hanya tiba di tangan saya pada 14 Mei. Saya menpunyai 2 hari untuk membuat penghantaran sebelum khidmat Pos Laju ditutup buat sehingga selepas raya. 

Saya kalau boleh mahu memastikan buku tiba di tangan follower saya sebelum raya. Jadi mereka  dapatlah menggunakan buku tersebut untuk rujukan semasa memasak juadah raya. Memang menjadi hasrat saya untuk mereka menggunakannya kalau boleh masa Ramadhan tapi apa lah daya kita kerana tiada manusia pun yang tahu dunia akan dilanda dengan covid 19. 

Alhamdulillah buku saya agak laris dan ianya memang di luar jangkaan sama sekali. Maklumlah follower saya di Instagram bukanlah ramai seperti follower Instafamous lain. Tempahan yang diterima sangat banyak. Tapi sebab kedai buku tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan, stock tidak dapat dihantar pada saya. Jadi masa tu lah agak stress sedikit hendak menerangkan kepada mereka yang telah membuat order walaupun saya menulis nota tentang plan penghantaran selepas PKP. 

Sejak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, saya sibuk pula dengan urusan penghantaran buku buku. Flyers di pos laju kehabisan stock. Stock yang dibeli, tidak sampai sampai walaupun telah menunggu lebih 2 minggu. Kami terpaksa membeli bag plastik lain untuk membungkus buku buku. 

Kesibukan teramat menjadikan saya keletihan. Sehingga kadang kadang saya tertidur sambil duduk di kerusi. Terjaga bila handphone terjatuh dari tangan. Itulah dah agak lama saya tak update blog.  

Tapi bila khidmat Pos laju telah pun dihentikan sehingga 27 Mei, saya kini agak lapang dan boleh mengambil masa untuk membuat penghantaran. Hari ini saya menpunyai masa untuk memasak dan update blog. Saya memasak resepi simple sahaja iaitu Sambal Tumis kerang.  

Sambal Tumis Kerang

Harga kerang sangat mahal sekarang ini. Hubby beli sekilo dengan harga RM27 dan bila dikopek, dapat hanya 260 gram sahaja. Tapi sebab Aween dah banyak kali meminta dimasak kerang, jadi dibeli lah juga. Dah beberapa kali juga ke kedai runcit mencari kerang, tapi tak ada. 

Nasib baik lah saya tak boleh makan kerang kerana masalah allergi. Sebelum masalah allergy, memang saya suka juga makan kerang yang digoreng dengan kacang buncis. 

Sebenarnya inilah kali pertama, saya keluar shopping barang dapur sejak pelaksanaan PKP. Saya ikut Hubby ke Jaya Grocer sebab kebetulannya saya memang hendak ke pos laju untuk mencari flyers untuk buku yang akan di pos. Barang barang di Jaya Grocer memang lebih mahal dari tempat lain tapi dapat dilihat barang barangnya yang sangat segar dan berkualiti. 

Sambal Tumis Kerang

Sambal tumis adalah lauk faveret keluarga saya. Terutama masakan yang berasaskan makanan laut. Simple tapi sedap dengan penggunaan bahan bahan yang ringkas sahaja. Kerang ni memang sangat sesuai dimasak sambal tumis, selain dari digoreng atau dimasak rendang.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Kerang

Sambal Tumis Kerang

Bahan bahan:
260 gram isi kerang - 1 kg kerang
2 keping asam keping
3 sudu besar cili kering kisar
Gula
Garam

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 

Masukkan gula dan kacau rata sehingga sambal berwarna sedikit gelap. Kemudian masukkan asam keping dan garam. 

Sambal Tumis Kerang

Kemudian masukkaan isi kerang dan kacau rata. Jika perlu, masukkan sedikit air. 

Sambal Tumis Kerang

Kacau rata dan bolehlah disesuaikan rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan. Nota: Boleh diceduk keluar minyak berlebihan. 

Sambal Tumis Kerang

Nota:
Jika suka, boleh juga dimasukkan 1 biji bawang besar yang dihiris di akhir sekali. Setelah bawang layu, baru ditutup api.


1 ulasan for "Sambal Tumis Kerang"

  1. Mahal betul harga kerang sekarang.
    Sotong dan udang pun melambung2 harganya.
    Yang peliknya harga sawit, harga getah semakin merundum

    BalasPadam