Rendang Pedas Ayam Di Pagi Raya
Insya Allah malam ini adalah malam ganjil yang terakhir iaitu malam ke29. Peluang untuk mendapat malam Lailatul Qadr yang terakhir untuk Ramadhan tahun ini.
Hari ini ingin kongsikan gambar dan resipi lauk hari raya kami tahun lepas. Resipi rendang pedas Perak versi keluarga mertua saya. Rendang dimasukkan kelapa goreng, jadi ianya tidak berkuah tapi sedikit kering kering untuk dicicah dengan lemang.
Rendang ini agak tahan lama kerana ianya tidak berkuah. Maklumlah sekali dimasak 4-5 ekor ayam. Boleh tahan sehingga keesokannnya. Saya memang suka versi ni sebab kuahnya berserdak bila dicicah dengan lemang atau nasi impit.
Bila melihat gambar gambar rendang ini, rasa macam dah tak sabar nak beraya. Hidangan wajib ada di meja hidangan kami ialah rendang ayam dan lemang. Yang lain lain, boleh bertukar tukar. Tapi ini kira menu wajib.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan
½ biji kelapa parut - digoreng keperanga (jika suka boleh dikisar dengan 50 grm utk 1 ayam
bahan kisar)
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam
Bahan kisar:
4 inci halia - 50 gram
3 inci kunyit hidup - 20 gram
7 biji bawang besar - 380 gram
10 biji bawang merah - 100 gram
8 batang serai
6 sudu besar penuh cili - 250 gram
Cara cara;
Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.
Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka.
Raya mesti ada rendang.
BalasPadam