Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Hari ini adalah hari ke 48 Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ini juga adalah hari pertama saya keluar rumah untuk ke pejabat bagi menyelesaikan beberapa urusan yang belum sempat diselesaikan. Beberapa jam juga di pejabat bagi mengemaskan barang barang peribadi. 

Nasib baik ada 3 orang staf yang dulu bekerja di bawah saya juga ada di pejabat. Jadi tidak lah keseorangan dan mereka membantu mana mana yang perlu. Saya dibantu oleh seorang cleaner untuk mengemas dan membuang mana mana barang yang tidak lagi diperlukan.

Saya membawa balik hanya barang yang benar benar penting dan menpunyai sentimental value sahaja. Saya ingin memulakan hidup baru. Saya tidak mahu mengenang lagi bab bab kerja. Namun hati saya menjadi sangat sedih melihat keadaan pejabat saya yang senyap sunyi dengan tidak ramai staf yang kelihatan kerana majoriti work from home. Betapa virus yang tidak nampak di mata telah mengubah rutin harian manusia. Bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia. 

Balik dari pejabat, saya singgah di One Utama untuk mencari toner bagi printer untuk memulakan proses pos buku buku yang di order sejak sebulan yang lalu. Sepanjang di OU, saya perhatikan tidak banyak kedai yang telah dibuka. Orang pun tidak ramai. Saya terpaksa pergi kerana perlu mendapatkan toner dengan segera. Toner yang saya telah pesan secara online dua minggu yang lepas, belum pun dipos. 

Sesampai di rumah, saya terduduk di sofa kepenatan. Baru beberapa jam keluar rumah, saya telah pening berdenyut denyut. Pertama mungkin kepanasan yang dah lama saya tidak terdedah dengannya. Kedua kepenatan mengemas barang barang yang mendedahkan saya pada habuk. OK sekarang kita masuk pula bab masakan dan resepi.

Saya kalau berbuka memang suka makan kuih yang basah basah. Antara yang faveret ialah puding dan agar agar. Walaupun menggunakan gula hangus tapi puding ini masih dikira kategori agar agar kerana menggunakan agar agar sebagai bahan utama. 

Rasanya bila dikunyah pun seperti agar agar. Jadi saya panggil ianya sebagai puding agar agar karamel. Kalau puding karamel biasa, kita tidak meletak agar agar di dalam adunannya. Itulah perbezaannya.

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Puding ini sangat sedap dimakan sejuk sejuk. Ianya boleh tahan lama, boleh dimakan berulang ulang untuk beberapa hari. Maklum Hubby dan anak anak tak berapa suka kuih muih manis seperti ini. Jadi saya lah yang akan makan setiap hari.  

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Bahan gula hangus:
¼ cawan gula pasir
3 sudu besar air

Bahan puding:
10 gram serbuk agar agar
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat manis
4 cawan air
¾ cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara:
Panaskan gula dan air dalam kuali atas api perlahan sehingga keperangan, kemudian baru kacau sekata. Tuang air gula hangus dalam loyang saiz 8 inci dan ketepikan. 

Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur


Satukan semua bahan puding dan kacau di atas api sederhana menggunakan whisk sehingga mendidih dan sedikit pekat. 

Tuang ke dalam loyang berisi gula karamel. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti. Sedia untuk dinikmati.



1 ulasan for "Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur"