Sabtu, 2 Mei 2020

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Saya pernah bersembang dengan Datin Fahimah yang merupakan rakan sekerja saya sebelum beliau bersara dari BNM untuk mengikut suami beliau bertugas di luar negara. Dia memberitahu yang ketika di luar negara, beliau selalu menyediakan nasi kerabu kerana sentiasa menpunyai sambal nyor dan kuah tumis yang disimpan dalam peti ais. 

Sejak itu saya terfikir macam mana dia melakukannya kerana kalau sambal nyor saya tak tahan lama. Paling lama pun dua hari sahaja. Sambal nyor saya jenis lembab. Sambal lembab memang sedap jika dimakan sekali habis. Saya boleh meratah ratah begitu sahaja. Selain itu, saya boleh makan dengan nasi impit. Saya memang giler sikit kalau dengan sambal nyor. Saya boleh makan sepanjang masa. Boleh klik di SINI untuk versi nasi kerabu saya sebelum ini.

Bila lagi sekali Datin update dalam facebook yang anakanda beliau mengambil tempahan nasi kerabu di bulan Ramadhan, menyebabkan saya menghubungi beliau meminta dia kongsikan bagaimana penyediaannya. Alhamdulillah, beliau tidak lokek untuk berkongsi.

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi kerabu adalah antara makanan kegemaran saya. Tapi bila memikirkan remehnya nak menyediakan sambal kelapa dan kuah tumis, menyebabkan saya tak jadi menyediakannya. Lebih lebih jika saya tiada pembantu yang menolong saya di dapur.

Baru beberapa hari berada dalam bulan Ramadhan, saya dah tidak berselera makan. Saya memang tekak Kelantan. Yang sedap pada tekak saya ialah masakan dan makanan Kelantan. Itu yang gigih masuk dapur menyediakan sambal kelapa dan kuah tumis ini untuk dibuat stok. 

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Hari ini Hubby dan anak anak makan lauk pauk yang di order dari Ana Patin House. Hanya saya seorang yang makan nasi kerabu. Bukan sahaja kenyang tapi sangat sangat puashati. Hahaha ada juga kita kenyang tapi rasa macam tak sedap jer. Tapi sebab lapar, makan juga kan. 

Jom layan resepi yang saya olah semula di bawah ini. Jangan lupa video penyediaan kuah tumis dan sambal kelapa di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap dan Tahan Lama

Sambal Kelapa 
Bahan A 
2.5 kg ikan kembong - kukus, ambil isi & kisar - saya guna 800 gram sahaja

Bahan B 
15 biji bawang merah - guna 8 biji 
2 biji bawang besar - tak guna
3 inci halia - hiris nipis - guna 1 inci
8 batang serai  - hiris nipis - guna 6 batang 

Semua bahan dikisar halus. Pastikan halus agar tidak terasa urat  dan halia.

Bahan C . 
250 gram kelapa parut - disangai hingga keperangan 

Bahan D
½ sudu kecil serbuk lada hitam 
½ sudu besar gula atau secukup rasa 
½ sudu besar garam atau secukup rasa

Cara cara:
Satukan bahan A, B dan C dan gaul rata rata. Masak atas api perlahan sehingga kering dan ringan. 

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Masukkan serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa. 

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nota: 
Bahagi kepada beberapa bekas dan simpan dalam freezer. Bila hendak dimakan, keluarkan satu bekas dan gaulkan dengan bawang merah dan serai yang dihiris halus.  


Kuah Tumis
Bahan A. 
8-10 biji bawang merah 
2 biji bawang besar - saya tak letak
1 inci halia - hiris
1 inci lengkuas - hiris
6 batang serai - hiris - guna 4
2-3 sudu besar cili kering kisar - guna 2

Bahan B: 
10 batang serai - ketuk - guna 1 sahaja
1 inci lengkuas - ketuk
Garam
Gula Melaka
2 keping asam keping
1 kotak besar santan kotak Kara - saya guna 250 gram santan segar

Cara cara:
Bahan A dikisar halus dan ditumis sehingga benar benar naik bau dan terbit minyak. Tambah air dan biarkan lama lama sehingga terbit minyak sekali lagi.

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Setelah terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan dan bahan bahan B. 

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Renih lama lama atas api perlahan. Apabila kelihatan kering, tambahkan air dan masak lagi bagi memastikan kuahnya benar benar sebati.

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nota:
Kuah tumis kena ada lebih rasa masin.

Jika suka, boleh masukkan sedikit budu. Jika masuk budu, rasakan dulu sebelum dimasukkan garam bagi mengelakkan kuahnya terlebih masin.


Ulam ulaman
Saya hanya menggunakan apa apa ulaman yang ada di rumah sahaja.

Kacang panjang
Timun
Salad
Bunga kantan
Daun kesum - tak letak

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama


Bahan bahan lain
Keropok
Telur masin
Sambal cuka
Daging bakar atau daging goreng





Add your comment