Sabtu, 9 Mei 2020

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Pagi pagi selepas Subuh, Hubby bertolak ke Melaka untuk mengambil Juita dari Hatten Hotel Melaka. Juita telah menamatkan kuarantin selama 14 hari sekembali dari Manchester. Saya tak dapat ikut kerana kebenaran untuk rentas negeri hanya lah untuk satu orang sahaja. OK hari ini saya ingin berkisah berkenaan resepi mee hoon goreng.

Sekali sekala berbuka puasa dengan mee hoon pun sedap juga. Atau makan sahur dengan mee atau mee hoon. Saya sekarang dah mula tak berselera makan nasi waktu sahur. Hanya makan 1 biji kurma dan makan kuih sahaja. Jadi tukar kepada mee hoon goreng pula. 

Mee hoon goreng daun limau purut adalah antara mee hoon kegemaran kami sekeluarga. Rasanya unik, ada ala ala rasa tom yam sebab penggunaan daun limau purut. Berapa banyak nak guna daun limau purut, ikutlah citarasa. Pada saya, lagi banyak lagi sedap. Jangan dikisar halus supaya masih ada daun limau purut dalam mee hoon. 

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Saya menyediakan mee hoon goreng daun limau purut ini adalah atas permintaan Nellisa. Untuk mee hoon ini, lebih sedap jika menggunakan makanan laut sebagai perencah seperti udang atau sotong berbanding dengan ayam atau daging. 

Jika anda mahu mencubanya, saya syorkan anda mengguna udang. Kalau tak ada baru dimasukkan sotong. Lebih serasi dengan kedua dua bahan ini.  Jika tak mahu mee hoon yang terlalu pucat, boleh masukkan setangkai dua cili merah.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channek di SINI. Selamat mencuba...


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ paket mee hoon - rendam hingga lembut dan tos
10-12 helai daun limau purut - buang tulang
2 biji bawang besar - saiz sederhana
4-5 tangkai cili hijau - tambah cili merah jika mahu ada warna
2 tangkai cili padi - jika mahu pedas 
Sotong/udang secukupnya 
2 biji telur 
Garam
Minyak untuk menumis

Cara cara:
Kisar daun limau purut, cili dan bawang besar. Jangan terlalu hancur. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar sehingga garing dan wangi.

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Masukkan udang atau apa apa seafood yang disukai seperti sotong. Kemudian masukkan mee hoon dan garam.

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Goreng sehingga mee hoon lembut, masak dan terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Yang Sedap

Sedap dimakan bersama keropok lekor atau apa apa lauk yang disukai atau dimakan begitu sahaja.


1 ulasan

  1. sedapnya menarik jugak guna daun limau purut, tq share kak azie..

    BalasPadam

Add your comment