Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ayam

Masak Lemak Ayam

Insya Allah esok Juita dah boleh balik rumah, dah selesai menjalani kuarantine selama 2 minggu di Hatten Hotel Melaka. Walaupun jauh, kira OK lah, hotel best dan makanan pun best juga. Dihantar dua hidangan sekali termasuk untuk makan tengah malam.

Saya sangat bersyukur kerana akhirnya Juita akan kembali ke pangkuan kami dengan selamat. Maklumlah covid 19 ni bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia telah mengubah kehidupan manusia di seluruh dunia. 

Hari selasa lepas, hari kedua selepas Perintah Kawalan Pergerakan dibuka, saya ke pejabat untuk mengemas barang barang peribadi untuk dibawa balik. Tak pernah terfikir satu hari pejabat saya menjadi sunyi sepi tanpa staf. Banyak jabatan yang menjalani work from home secara bergilir gilir. Khidupan di pejabat juga tidak akan pernah sama lagi sehingga lah suatu ketika bila vaksin covid 19 telah ditemui. 

Namun saya percaya semua ini menpunyai hikmah tersembunyi. Bagi rakan rakan yang menjalani ibadah puasa, dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan yang menjanjikan pahala berganda. Insya Allah.

Masak Lemak Ayam

Serious sedap ayam dimasak lemak seperti ini. Wangi jer dengan bau daun kunyit. Bulan Ramadhan ni, saya lalu makan lauk yang simple simple jer. Anak anak pula tak cerewet, asal ada ayam jer, kira ada lauk. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba... 


Masak Lemak Ayam

Masak Lemak Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
500 gram santan segar
3 biji ubi kentang
2 batang serai
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit
5-6 tangkai cili api - hiasan
Garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah - sederhana besar

Cara cara:
Masak bahan kisar dengan sedikit air sedikit hampir masak. Masukkan ayam dan kacau rata supaya bahan kisar mesra dengan ayam. 

Setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, serai dan ubi kentang. Masak sehingga mendidih, 

Setelah mendidih masukkan asam keping, daun kunyit dan garam secukup rasa. 

Setelah tutup api, bolehlah ditabur cili padi hijau untuk hiasan.




2 ulasan for "Masak Lemak Ayam"

  1. Hari ni wak pun berbuka ayam kampung masak lemak cili api.

    BalasPadam
  2. betul kak azie..rahmat pkpnya...semua anak2 dapat berkumpul dan berbuka sekali di rumah. Hati ibu mana yg tak gembira. Kalau hari biasa, masing2 berbuka ditempat kerja kerana mencari rezeki. Bukan lauk pauk yg sedap tapi keberkatan berbuka bersama tu yg lebih penting. Saya akan menangis kesyukuran setiap kali lepas solat. Selepas ini entah bila kita dapat merasai suasana mcm tu kan....

    BalasPadam