Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah sejarah buat saya dan buat kita semua bila kita tidak dapat ke shopping mall untuk membeli baju raya, tidak dapat ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan tidak dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain. 

Namun hari raya tetap disambut sebagai meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan bulan Ramadhan. Kemenangan menahan diri dari melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa.

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Dua hari sebelum hari raya, Nana mengambil cuti dan bermalam di rumah kami. Seperti biasa, Nana akan juadah nasi dan lauk pauk untuk hidangan di hari raya. Dah lama tugas ini dilakukan oleh beliau. 

Nana memang handal dan cekap bab memasak. Cuma kesibukan tugas dan sekarang ini pula sedang mengikut pengajian di peringkat master, menjadikan dia kurang masa untuk ke dapur. 

Tugas saya setiap kali raya, cuma menyiapkan lauk rendang untuk dicicah dengan lemang atau kuah kacang jika hendak dimakan dengan nasi impit. 

Boy dan Mia juga balik sama sama menyediakan cookies hari ini. Mereka berkongsi membuat cookies ini. Selepas berbuka, kami sama sama menikmati cookies ini yang mana Juita memberi score 10/10. Bila saya makan, saya setuju yang ianya sangat sedap. 

Yang penting bahan bahannya ringkas dan menyediakannya pun cukup mudah. Tugasan saya hanya merekod cara cara penyediaannya untuk youtube channel dan juga untuk blog. 

Jom sama sama mencuba resepi cornflakes cookies ini. Sangat cepat disediakan. Pasti anak anak menggemarinya. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Cornflakes Madu Cookies Sedap

Bahan bahan:
500 gram cornflakes
250 gram mentega - salted
1 cawan gula kaster
1 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar madu
Sprinkles

Cara cara:
Putar semua bahan di atas kecuali cornflakes sehingga kembang. 

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Masukkan bahan yang diputar dalam mangkuk cornflakes dan kacau rata rata supaya bergaul keseluruhannya.  

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Masukkan dalam bekas cawan. Taburkan sedikit manik gula untuk hiasan. 

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10

Bakar pada suhu 120C selama 15 minit. Angkat dan sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara. 



Catat Ulasan for "Cornflakes Madu Sedap Yang Diberi Score 10/10"