Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Alhamdulillah Juita telah selamat bertolak dari Manchester Airport pukul 10.30 malam tadi waktu Malaysia dengan menaiki Qatar Airways. Insya Allah semoga Juita menjaga kebersihan di sepanjang dalam penerbangan. Nelly berpesan supaya dia membawa sanitizer di dalam handbag dan selalu mencuci tangan dengannya. 

Tapi penumpang kelas perniagaan tidak ramai orang jadi Juita menpunyai lebih penjarakan dengan penumpang lain sepanjang penerbangan. Yang penting, dia selamat dan dipermudahkan segalanya. Insya Allah Juita akan mendarat dalam pukul 3 petang nanti.

Saya sangat gembira kerana akhirnya Juita kembali ke pangkuan kami walaupun beliau masih ada sebulan lebih lagi untuk menamatkan pengajian. Sedih kerana kalau diikutkan kami akan ke Manchester sebelum dia balik. Kami sekeluarga akan pergi bercuti selepas konvokesyen dia dalam bulan Julai. 

Manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan. Dia balik 3 bulan lebih awal dalam keadaan lock down di United Kingdom. Dia hendak membeli barang barang sebelum balik juga tidak boleh kerana kedai ditutup. Papa dia memberi duit untuk dia membeli apa apa handbag yang disukai sebagai hadiah menamatkan pengajian. 

OK sekarang kita masuk pula bab resepi. Hahaha nanti ada pula orang yang membawang mengatakan blog saya meleret leret sebelum masuk bab resepi. Buat apa nak kecoh kecoh, kan boleh jer skip terus ke resepi jika malas atau tak sudi untuk membaca. Tak ada hal pun.  

Hari ini saya menyediakan sup tulang menggunakan periuk Noxxa. Saje jer namakan sup tulang lock down sebab dimasak semasa lock down. Hahaha begitulah bila perintah kawalan pergerakan yang dah nak masuk fasa ke empat. Saya sediakan sup ini pada PKP hari ke 36.

Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Sup memang sedap dan digemari ramai. Lebih lebih lagi jika menggunakan daging atau tulang lembu yang segar. Dapat jer tulang ni, terus esoknya saya terus memasak sup. Jadi memang sangat terasa manisnya daging. 

Kali ini saya memasak menggunakan periuk tekanan Noxxa. Jadi memang mudah dan cepat disediakan. Tumis jer, masuk tulang dan masak dengan setting Meat selama 30 minit. Dah siap dan sedia untuk dinikmati. 

Boleh juga jika suka untuk membuat kaedah tumis darat dan dituang ke dalam daging yang direbus. Tapi jika dibuat kaedah ini lagi sedap kerana daging direbus dengan bahan bahan rempah. Lebih terasa rempahnya pada daging. 

Apa apa pun bila memasak kena guna kreativiti dan pelbagaikan. Jangan hanya memasak satu cara jer dari dulu sampai bila bila. Saya ikut gerak hati sahaja. Jadi jangan kita kecoh kecoh bila cara orang lain berbeza dengan cara kita. 

Contohnya bila bab masak lemak cili padi. Mesti ada yang akan tulis komen, masak lemak cili padi ori tak letak bawang.  Saya tahu bukan saya tak tahu. Itu masak lemak cili padi nogori. Tapi ikut kita lah nak masak lemak cili padi letak bawang, masih namanya masak lemak cili padi versi kita sendiri. Betul tak. Pelbagaikan dengan menggunakan kreativiti. Yang penting sedap dan keluarga kita suka.  

Jom layan resepi di bawah ini dan cara penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Sup Tulang Lock Down

Bahan bahan:
1 kg tulang
1 pek sup bunjut tulang 
Garam
Daun Sup

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak menggunakan Stir Fry periuk Noxxa. Masukkan 1 pek sup bunjut tulang dan bahan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak.

Masukkan tulang. Setelah itu, baru tuang air secukup tenggelam tulang.

Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Pastikan tombol dipusing pada Pressure. Tekan butang cancel Stir Fry dan tekan pula butang Meat dengan masa selama 40 minit. Setelah cukup masa, bolehlah ditabur daun sup sebelum dihidangkan.

Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair

Nota:
Bila sejuk, ceduk keluar lemak lemak di permukaan sup.


1 ulasan for "Sup Tulang Lock Down Dan Juita Kembali Ke Tanahair"

  1. Ya Allah, Auntie Azie macam tahu-tahu sahaja saya baru teringat lauk kegemaran saya dan arwah Mak; sup tulang! Lama dah tak makan, dekat 6 tahun lebih sejak arwah Mak meninggal. Bulan puasa ni saya teringin nak masak dan makan sup tulang. Nanti saya adjust resepi arwah Mak dan cara masak Auntie Azie ajar ni....minta izin saya belajar memasak dari blog Auntie Azie ye.

    BalasPadam