Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Entah kenapa dua malam lepas, saya menjadi sangat terganggu bila membaca kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan hasil bedah siasat mayat mangsa covid 19. Ianya mendapati virus covid 19 terdapat juga di permukaan badan mayat. 

Masya Allah, hanya Allah yang tahu virus apakah ini yang menyerang tanpa memberi apa apa simpton. Dari mana asal usulnya dan apakah penawarnya. Virus ini akan mengubah kehidupan kita sekarang dan akan datang. 

Yang pasti kita tidak berani untuk menghadiri majlis yang melibatkan ramai orang. Kasihan pada mereka yang telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan. Malahan ketika menghadiri majlis perkahwinan di UTM sebelum dilaksanakan PKP juga, saya ada rasa gerun dan takut di dalam hati sepanjang berada di dalam majlis. 

Sesungguhnya kematian di saat ini pastinya amat sukar pada famili kerana pengurusan jenazah bagi mereka yang beragama Islam tidak seperti jenazah biasa bagi mengelak kemudaratan dan jangkitan pada mereka yang menguruskan pengkebumian. Mudah mudahan Allah menjauhkan kita semua dari ujian ini.  

Saya berdoa agar kita semua selamat dari dijangkiti virus yang boleh menyebabkan kematian ini. Saya berdoa agar Juita dan semua warga negara Malaysia di United Kingdom juga selamat dan dilindungi dari virus ini. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.  

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Rendang Pedas Ayam adalah antara menu feveret di rumah kami. Kalau di bulan Ramadhan, lauk ini yang banyak disediakan kerana ianya boleh disediakan banyak banyak dan disimpan di dalam freezer. 

Oleh kerana lauk ini yang menjadi kesukaan anak anak, jadi saya menyukat dan menimbang bahan bahan bagi memudahkan rujukan mereka dan sesiapa sahaja yang mahu mencuba. Insya Allah jika diikut resepinya, gerenti menjadi dengan sedap. 


Cuma kalau mahu ianya cantik, kena guna santan segar yang pekat. Bukan guna santan kotak. Barulah ianya terbit minyak yang cantik. 

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Hari ini saya memasak 2 ekor ayam. Hajat hati untuk menyimpan sebahagiannya untuk dimakan bila bila. Jadi tak perlu lah saya hari hari menyediakan lauk yang berat.

Rendang pedas ini sangat sedap dimakan dengan lemang, pulut kuning atau dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih. Nama pun rendang pedas, jadi rendang ini mesti rasa pedas pedas. Pagi raya Aidil Fitri nanti, kita hidangkan rendang pedas Azie Kitchen ini dengan lemang atau pulut kuning. OK tak?

Jom pakat pakat mencuba resepi yang saya gunakan ini.  Insya Allah ianya gerenti menjadi dengan sedap giteww... Boleh layan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Rendang Pedas Ayam

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan 
½ biji kelapa parut - digoreng keperangan 
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa

Bahan kisar:
4 inci halia - 50 gram
3 inci kunyit hidup - 20 gram
7 biji bawang besar - 380 gram
10 biji bawang merah - 100 gram
8 batang serai
6 sudu besar penuh cili - 250 gram 

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. 

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita sukai. Hari ini saya buat sedikit basah.

Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap

Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka.


Catat Ulasan for "Rendang Pedas Ayam Gerenti Sedap"