Sabtu, 4 April 2020

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Goreng pisang rangup yang sangat nostalgia. Bayangkan saya makan pisang goreng rangup yang dijual oleh Kak Rodah ketika saya masih di sekolah menengah rendah. Ketika itu, balik sekolah jer hari hari mesti cari pisang goreng. Dia berjual di wakaf kecil di hadapan rumah mereka. 

Keenakannya menyebabkan saya teringat ingat sehingga kini. Daan saya ketika itu, dah pandai bertanyakan resepi dan bahan bahan yang digunakan. Saya ingat bahan yang digunakan sehingga kini. Cuma belum pernah mencuba kerana selalu tak ada kelapa parut bila masa hendak menyediakan pisang goreng.

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Akhirnya setelah berpuluh puluh tahun, saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan Kak Rodah. Nasib baik dia ingat saya lagi. Katanya saya masa tu, masih budak budak lagi. Kak Rodah sudi kongsi sekali lagi bahan bahan yang digunakan ketika itu. 

Kata Kak Rodah lagi, masa tu belum ada tepung lain macam tepung jagung atau tepung ubi yang digunakan oleh orang zaman sekarang. Boleh klik resepi yang saya gunakan sebelum ini di SINI. Dalam resepi ini, ada penggunaan tepung jagung atau tepung ubi, juga baking powder.

Di SINI pula, tepung untuk menggoreng cempedak yang terdapat penggunaan mentega dan tepung jagung di dalamnya. Sangat rangup. Pendek kata, sekarang macam macam cara untuk menambah kerangupan. Lari topik sikit, masa saya sekolah rendah dulu, bila buat cookies keras kerana guna tepung semata. Hahaha guna resepi yang dikongsi dalam majalah ketika itu.  

Balik semula bab pisang goreng, saya goreng untuk menghabiskan baki pisang yang diambil dari kebun kami di Sg Buloh. Tepung beras pula tinggal ini sahaja. Itu yang saya sukat sebab nak tahu ada berapa banyak. Haa dapatlah 184 gram, genapkan ke 180 sahaja. 

Pisang saya hari ni terlebih ranum. Jadi bila digoreng, akan ada warna hitam kerana gula pisang keluar. Tips untuk masak pisang goreng supaya masak sekata dan tidak melekat ialah dengan menggunakan minyak yang banyak dan setelah minyak benar benar panas, baru dimasukkan pisang. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..


Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Pisang Goreng Rangup 

Bahan bahan:
180 gram tepung beras
2-3 sudu besar kelapa parut muda
½ biji telur 
1 sudu besar air kapur 
150 ml air atau secukupnya
Serbuk kunyit
Garam

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati. Adunan tepung jangan terlalu cair. 

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Minyak mesti banyak sehingga pisang tenggelam dan betul betul panas menggunakan api yang besar. Baru lah pisang goreng masak sekata dan tidak melekat antara satu dengan yang lain. 

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia


Masak sehingga garing. Balik balikkan. Setelah keperangan, bolehlah diangkat dan ditos. 

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Nota: 
Boleh juga masukkan 100 gram tepung ubi dan 100 gram tepung jagung untuk tambah kerangupannya. dalam resepi di atas. Jadikan telur 1 biji dan tambah air secukupnya.


1 ulasan

Add your comment