Khamis, 30 April 2020

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Hari ini saya berehat dari memasak. Hari gantung periuk belanga. Semua lauk pauk dan kuih muih hari ini, saya order dari Kak Ngah kakak ipar saya. Saya order sekali karipap untuk dijadikan karipap frozen. 

Oleh kerana tidak bercadang untuk memasak, selepas solat Zohor, baru saya turun. Hari ini sedar tak sedar, telah 12 hari saya bersara dari perkhidmatan. Bersara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Rutin saya seharian adalah di dapur kerana masa PKP, tiada restoran yang boleh dibuka untuk dimakan di sana. 

Tapi secara jujur, saya belum merasa bagaimana kehidupan orang bersara sebenarnya. Ini adalah kerana suami dan anak anak juga ada di rumah sepanjang masa. Jadi saya tidak merasa keseorangan. Sedang dalam keadaan biasa, pastinya Hubby akan ke pejabat dan Aween menpunyai kuliah seperti biasa. Buat masa sekarang saya seronok di rumah kerana tidak merasa keseorangan.

Cuma yang saya mulai terasa ialah bila tidak ada lagi gaji bulanan yang dikredit ke akaun pada hujung bulan. Hahaha. Tapi saya percaya setiap orang pasti menpunyai rezeki. Lagi pun bila dah bersara ini, saya tidak banyak memerlukan duit seharian. Duit dalam purse saya sejak 2 bulan yang lalu pun tak berusik. PKP kan, mana ada masa nak gi shopping. Semua pembelian dibuat secara online. Bayaran juga semua dibuat online. 

Telah lama saya tidak menggunakan cash untuk membeli belah. Sebenarnya menggunakan duit tunai adalah melibatkan hidden cost. Kos untuk handling sebenarnya sangat tinggi seperti kos pemprosesan, kos syarikat keselamatan untuk membawa cash dari satu Bank ke tempat pemprosesan dsb. Lagi pula, lebih mudah menggunakan kaedah pembayaran secara online atau terus dari kad debit. Kita tak perlu untuk membawa cash. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Serious sedap paru goreng ini. Lembut sangat sangat. Warnanya pun cantik gelap berkilat. Rahsianya paru mesti direbus lama sehingga benar benar empuk dan nampak mudah jika dicucuk dengan garfu. Ini adalah resepi Kak Ngah kakak ipar saya yang memang pandai memasak. Kak Ngah ada mengambil tempahan menyediakan katering juga. 

Serious bukan nak puji tapi Kak Ngah masak apa pun sedap. Saya belajar memasak paru ni bersama sama beliau di dapur. Belajar dengan melihat sendiri cara cara Kak Ngah menyediakannya. 

Kalau ditanya saya inilah paru goreng yang paling sedap. Best ever gitu. Saya dan anak anak makan meratah ratah sehingga licin. Kalau boleh nak sorok sorok lagi, supaya orang lain tak makan. Hahaha buruk perangai kan.

Jom layan resepi yang digunakan dalam resepi ini. Nampak biasa tapi step kena betul barulah sedap lembut hasilnya. Kekal lembut walaupun dah sejuk. Selamat mencuba....


Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Paru Goreng Berlado

Bahan (A):
½ kg paru
Garam
2 inci halia
1 keping asam keping

Bahan (B) tumbuk kasar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi

Bahan (C):
1-2 keping asam keping
Gula perang
Garam

Bahan (D)
1 biji bawang besar Holland – hiris
1 tangkai cili merah

Cara cara:
Rebus paru dengan bahan (A) sehingga betul betul empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan tos.

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Bila sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Pastikan minyak benar benar panas sebelum dimasukkan paru. Goreng paru sehingga garing. Paru sedia untuk diangkat selepas buih buih besar dalam minyak mula berkurangan. Angkat dan tos. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan (B) sehingga pecah minyak dengan menggunakan api perlahan.

Masukkan bahan (C) dan kacau rata. Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng garing tadi.

Paru Goreng Berlado Paling Sedap

Masukkan juga bahan (D) sebagai hiasan. Kacau rata sehingga bawang layu dan bolehlah ditutup api.

Paru Goreng Berlado Paling Sedap



4 ulasan

  1. Selamat berpuasa buat kak Azie sekeluarga.

    Tau tak, semalam saya masak lauk paru berlada ni, ikut resepi kak Azie yang sebelum-sebelum ni. Terima kasih kerana sentiasa berkongsi ilmu :)

    BalasPadam
  2. Kalau paru yang lembut tu memang sedap.
    Kdang2 jumpa orang masak, liat pula.

    BalasPadam
  3. Selamat Bersara kak Azie dan selamat berpuasa. Bestnya paru sambal, makan dnegan nasi panas2..mesti bertambah2 saya makan hehehe

    BalasPadam

Add your comment