Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Lock Down

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Saya menyediakan nasi ayam ini pada hari yang ke 34 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah telah nampak peningkatan bila kes baru hari ini hanyalah 36 kes sahaja. Mudah mudahan bila lagi ramai yang memberi kerjasama, rantaian virus covid 19 dapat diputuskan dengan secepatnya di negara kita. 

Insya Allah minggu depan Juita akan kembali ke tanahair. Akan menghabiskan baki beberapa kertas peperiksaan tahun akhir di sini secara online. Juita dijangka akan balik ke rumah pertengahan bulan Mei selepas menjalani kuarantin yang dikenakan sebaik tiba di KLIA. Doakan agar Juita dan Marsya selamat tiba, sihat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Aameen. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Saya menyediakan nasi ayam hari ini kerana dah tak ada idea dan rasa tak lalu nak makan nasi dengan lauk pauk seperti biasa. Itu pun selepas nampak sahabat saya Haszeri memasak nasi ayam. Terus dapat idea untuk memasak nasi ayam. Nasi ayam ini versi ikut gerak hati jer. Main campak campak jer apa yang nak dicampak. 

Pada saya, nasi ayam akan jadi lebih sedap jika nasinya sedap. Cukup terasa dan cukup lembutnya. Selain dari nasi, faktor lain ialah sambal cili. Kalau sambal cili, saya suka sangat dengan sambal cili nasi ayam kak laily di Subang Jaya. 

Saya pernah selamba masuk dapur gerai nasi ayam Kak Laily di atas pasar Subang Jaya sebab nak tengok macam mana pembantu beliau menyediakan sambal cili. Memang saya kalau ke sana, akan menambah sambal cilinya. Dia banyak menggunakan air limau kasturi. Air itu kemudian dikisar dengan cili. Sambalnya jadi tahan lama. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Untuk perap ayam hari ini, saya tak gunakan madu pun, kerana bila digoreng akan jadi cepat hitam. Saya juga tidak guna maltose kerana saya ingin memotong ayam kecil kecil supaya senang untuk digoreng. Tak perlu minyak yang banyak berbanding menggoreng untuk seekor ayam. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga saya menyediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Nasi Ayam Lock Down

Ayam Goreng
Bahan Rebus:
2 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
Garam

Bahan Perap:
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis

Cara cara:
Rebus air bersama bawang putih dan halia dan sedikit garam. Tunggu sehingga air mendidih, baru dimasukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut. Angkat ayam dan ditos. Air rebusan disimpan untuk digunakan memasak nasi nanti.

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Ayam diperap dengan sos tiram dan kicap. Biarkan seketika. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan. Kena selalu dibalik balikkan ayam supaya tak hangit. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Goreng jangan lama kerana ayam dah pun masak dan kita mahu ayam yang masih juicy. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down



Kuah kicap
Kicap perapan ayam
Sedikit lada sulah
Air rebusan ayam

Masak semua bahan di atas sehingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down


Nasi Ayam
Bahan bahan:
1 sudu besar mentega + lemak ayam
1 helai daun pandan
2 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih
5 pot beras PUSA - basuh dan tos
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1300 ml air rebusan ayam

Cara cara:
Beras dibasuh dan direndam selama 20 minit. Tos. 

Masukkan lemak ayam ke dalam kuali bersama majerin dengan api sederhana dan kacau sehingga lemak bertukar menjadi minyak. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis sekejap sekadar layu sahaja.  

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Kemudian masukkan beras dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Masukkan air rebus ayam tadi bersama pewarna, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Masuk ke dalam rice cooker. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Masaklah seperti biasa di dalam rice cooker. Bila masak, ceduk ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang hiris.

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down



Sambal Cili
4 tangkai cili merah - saiz panjang
4 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil garam 
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
4-5 biji limau kasturi - ambil jus
Sedikit air masak

Satukan semua bahan dan kisar. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Nota: resepi ini tidak menggunakan bawang putih seperti kebanyakan resepi. 


Kuah Sup
Tulang dan kepak ayam - potong kecil
1 sup bunjut 
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 inci halia - ketuk
Garam
Gula
Daun bawang - tabur

Panaskan sedikit sahaja minyak dan tumis halia, sup bunjut, kayu manis dan bunga cengkih. 

Masukkan air rebusan ayam dan tulang tulang ayam. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit gula. Masa dihidang, taburkan daun bawang. 

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down


Bahan Sampingan
Salad
Timun
Tomato

  Nasi Ayam Azie Kitchen Masa Lock Down

Selamat mencuba semua...


1 ulasan for " Nasi Ayam Lock Down"

  1. Minta izin puan untuk mencuba resepi yang puan. Semoga ilmu masakan yang puan turun kan akan menjadi panduan untuk saya mencuba memasak untuk keluarga saya. Terima kasih puan.

    BalasPadam