Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Sementara menunggu Juita landed, saya menyediakan kuih seri muka. Alhamdulillah Juita telah selamat mendarat dalam pukul 2.30 petang. Sebaik mendarat beliau perlu membuat saringan pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian dibawa menaiki bas dengan setiap bas seramai 20 orang. 

Kini dia sedang menjalani kuarantin di Hatten Hotel Melaka. Aduhaai lebih dua jam perjalanan pulak dia dibawa ke sana. Tapi bilik yang disediakan sangat besar dan selesa. Sekurangnya selesa untuk dia study online  dan menduduki peperiksaan secara online juga. Di dalam bilik, disediakan bekalan air mineral yang banyak. 

Di hotel mana pun tak kisah sebab mereka bukan boleh keluar. Nama pun kuarantin. Saya gembira kerana akhirnya kami sekeluarga memijak bumi Malaysia yang sama. Saya ni selalu risau memikirkan jika apa apa berlaku semasa dia di Manchester. 

Yalah di Malaysia pun, sesiapa yang terkena jangkitan, tidak boleh ada pelawat. Kalau dalam keadaan tenat sekali pun, hanya ditemani oleh pegawai pegawai perubatan sahaja. Itu sebab saya memang langsung tidak keluar rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. 

Namun masih ada risiko kerana sekali sekala, Hubby kena keluar mencari barangan dapur dan Nelly pula masih bekerja seperti biasa. PERKESO adalah antara organisasi yang memainkan peranan penting di saat negara di landa Covid 19. Cuma sekali sekala Nelly work from home. 

Baru ni saya panik juga bila rakan sekerja beliau disyaki di jangkiti dari seorang staf MOF yang positif Covid 19. Nelly dipanggil ke pejabat untuk mengambil sample ujian swab. Alhamdulillah tiada apa apa. Tapi dia memang sangat menjaga kebersihan, setiap 10 minit sekali dia akan mencuci tangan dengan hand sanitizer. OK cukup setakat ini dahulu, sekarang kita sentuh pula bab masakan.

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Hari ini saya menyediakan kuih seri muka versi acuan kuih lompang. Saya nampak sahabat Instagram kongsikan resepi kuih seri muka beliau yang dikatakan sangat sedap. Biasanya bila dah dapat idea tu, yang malas menjadi rajin dengan tiba tiba. 

Kali ini saya membuat hanya separuh dari adunan sahaja. Tak nak membazir di bulan Ramadhan ni, ingat nak hantar pada jiran sedikit. Walaupun separuh adunan, ianya telah menghasilkan 18 biji untuk lapisan hijau. 

Tapi bila Nana membuat video call dan bertanya apa yang saya masak, terus dia memberitahu yang dia teringin nak makan kuih seri muka. Jadi saya memesan grab untuk hantar kuih dan lauk pauk ke rumah Nana. 

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Untuk resepi sukatan penuh boleh klik entri  di SINI. Asalnya saya ingin mencuba resepi yang dikongsikan oleh sahabat Instagram tapi bila saya membuat perbandingan resepi, saya telah memutuskan untuk kekal menggunakan resepi saya kerana ianya sangat sedap dan sangat sesuai dengan selera saya.

Sebab saiznya yang sangat comel, 2 kali suap untuk setiap biji. Sebelum naik bilik dah habis kuihnya. Saya suka sangat kalau membuat kuih, terus habis. Sebab kalau disimpan dalam peti ais macam dah tak sesedap makan ketika ianya masih lemak berkilat dalam suhu bilik. Bulan Ramadhan ni, bolehlah cuba sekali membuat kuih seri muka. Buat dalam acuan kuih lompang, bagi fun sikit. 

Jom layan resepi di bawag ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen 
Menghasilkan 18 biji

Lapisan Bawah:
150 gram beras pulut - rendam 1-2 jam  
¾ cawan santan segar pekat
¼ sudu kecil garam 

Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. 

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. 

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. Nota: saya masukkan separuh acuan kuih lompang dan dipadatkan dengan acuan lompang lain.  

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap


Nota:
Bila santan cukup pekat dan lemak, pulut tak akan melekat, jadi boleh guna loyang yang sama. Saya guna loyang lain yang dilapisi dengan plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang.



Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Lapisan Atas:
1 cawan santan segar pekat 
¼ cawan air daun pandan - kisar 3 helai
½ cawan gula pasir 
1 biji telur – saiz B
¼ cawan tepung gandum 
¼ sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau 

Kisar daun pandan dengan ¼ cawan air. Masukkan air daun pandan ke dalam 1 cawan santan pekat. Titiskan sedikit pewarna hijau. 

Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau dan masukkan ½ cawan santan. kacau lagi. 

Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. Kacau rata. Masukkan air daun pandan dan kacau. Tapis. Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.

Masakkan atas dapur sambil dikacau sekadar keluar wap. Angkat dan tuang ke dalam loyang atau acuan kuih lompang yang telah dmasukkan pulut dan dipadatkan. 

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kukus selama 20 minit. Balut penutup pengukus dengan tuala. Setiap beberapa minit dilap tudung pengukus. Setelah masak, angkat penutup pengukus dan biarkan kukus tanpa penutup selama beberapa minit bagi mengeringkan air di permukaan atas lapisan hijau. 

Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, boleh keluarkan dari acuan dengan menggunakan pencungkil gigi. 

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap


3 ulasan for "Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap"

  1. Assalamualaikum Puan Azie,
    Macamana saya nak dapatkan contact number puan? samada no tel/ emel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Ada saya letak di blog ni. Puan tak tengok habis. Boleh email ke haziahjaya@hotmail.com BTW puan dah beli buku resepi saya? kena beli, senang nak masak ramadhan dan raya nanti.

      Padam
  2. Salam.puan.. saya cuba resipi puan . Sedap.. tkasih . Cuma dr tepi kuih tak nampak cantik.. warna hijau menutup pulut. Bagaimana sy nak rapikan? Saya dah tekap pulut tu dgn cara puan

    BalasPadam