Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah syukur kerana kita berpeluang berada dalam bulan Ramadhan. Ramai antara kita yang tidak berpeluang kerana telah terlebih dahulu dijemput Illahi. Jadi kita yang diberi kesempatan ini, wajiblah menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk menambah amalan ibadah. 

Semua amalan dan kebaikan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Tawan berganda. Jadikan bulan ini bulan berpesta, pesta ibadah. Dan yang lebih istimewanya kerana dalam sepuluh akhir Ramadhan, terdapat satu malam yang dipanggil sebagai malam lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. 

Jika kita membuat amalan pada malam tersebut dari Maghrib sehingga menjelang Fajar, kita pasti akan mendapat kelebihan malam tersebut. Jadi sama sama lah kita menjaga sehingga kita berjaya mendapat malam Lailatul Qadr dan juga berjaya menjadi seorang yang bertaqwa. 

Sahabat sahabat dan follower semua, duit banyak dan pangkat tinggi tak ada memberi erti apa apa bila kita dipanggil mengadap Illahi. Sebaik baik orang di sisi Allah ialah orang yang tinggi taqwanya. 

OKlah sekarang saya ingin berkisahkan sedikit mengenai ketupat sotong yang merupakan juadah pertama kami ketika berbuka semalam di hari pertama Ramadhan. Selepas makan 3 biji kurma sukkari, saya makan ketupat sotong dahulu. Bukan satu tapi dua ekor sekali. 

Lepas tu baru makan nasi. Selesai makan, makan lagi 2 ekor sebagai dessert. Aduhaai sedap sangat ketupat sotong ni. Syukur sangat dapat makan puas puas. Jika zaman kecil kecil dulu, memang tak merasa makan macam ni sebab sotong sangat mahal harganya. Kira makanan mewah untuk keluarga kami.

Ketupat sotong ni bertambah sedap jika sotongnya menpunyai telur. Kali ini, hanya ada seekor sahaja yang ada telur. Jadi saya mencari cari dengan membelah sedikit di bahagian perut setiap ekor sehingga berjaya menemuinya. 

Ada kenangan yang tidak dapat dilupakan bab ketupat sotong bertelur ini. Saya sangat sedih sebab dimarahi kerana saya dikatakan telah korek makan hanya telur sotong sahaja. Tidak menghabiskan seekor. Sehingga kini saya tidak pasti siapa yang berbuat demikian. Mungkin anak buah saya. Tapi saya menjadi mangsa bila dimarahi. Hahaha kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Hari ini saya menyediakan ketupat sotong menggunakan periuk Noxxa. Jadi memang sangat cepat dimasak. Hanya mengambil masa 10 minit untuk dimasak. Kalau dimasak atas dapur, agak memakan masa untuk pulut masak sempurna. Sotong kalau terlebih masak, akan menjadi sedikit liat. Jadi memasak dengan periuk tekanan, amat memudahkan kerja di dapur. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya menggunakan 2 keping gula Melaka tapi Nelly komplain katanya manis. Tapi pada selera saya, terasa macam ngam jer. Jadi untuk resepi saya hanya menulis 1 ½ keping sahaja gula Melaka. Kalau ada kuah berlebihan, kita boleh tanak pulut dan makan dengan kuahnya.

Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Ketupat Sotong

Bahan bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana
1 cawan beras pulut
1 kotak santan kotak
½ keping gula melaka - 150 gram
Garam
1 helai daun pandan 

Cara cara:
Rendam beras pulut yang telah dibasuh dengan santan dan garam. Ketepikan.

Bersihkan sotong dengan dibuang kepala dan bahagian tulang keras. 

Masukkan beras pulut 2/3 penuh ke dalam sotong. Masukkan kepala sotong dan dicucuk kemas dengan 2 lidi. 

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Buat sehingga habis. Susun dalam periuk tekanan Noxxa.

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Masukkan air agak agak tenggelam sotong. Masukkan daun pandan, separuh santan serta garam. 

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Masak dengan setting Rice selama 10 minit. Pusing tombol pada Pressure.

Setelah cukup masa, buang wap dengan pusing tombol ke arah steam. Buka tutup dan tukar setting pada Stir Fry untuk mengeringkan sedikit kuahnya. 

Masukkan kesemua baki santan dan masukkan gula Melaka. Masak sehingga kuah agak pekat berkilat. Bolehlah ditutup periuk tekanan. 

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan


Catat Ulasan for "Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan "